Saturday 31 December 2016

Assalamualaikum. Lamanya tak bersiaran di sini. keh3.

12.45 pagi.
01.01.2017.
Ahad.

Selamat Tahun Baru 2017!!!
Selamat hari lahir mak.
Selamat masuk usia 24.
Selamat ke sekolah buat #adamadib esok!!

Semoga tahun 2017 ni baik2 saja. Semoga kita semua dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dan dipertemukan jodoh opsss hahah.

Okeylah. see ya. Bye!


Tuesday 15 November 2016

pai 1 gempak

Kenapa aku sayang sangat-sangat pada kalian?
Padahal kita bukan seibu seayah.
Tak lahir dari rahim yang sama pun.
Mak kau mak aku jauh beza.
Tapi hati kita boleh jadi dekat.
Sebab?
Persahabatan kita.
Dan kasih sayang antara kita.
Yang kita harap sampai ke syurga.

Aku sayang kalian macam adik beradik dah.
Sebab aku ni ada kakak sorang je.
So kalianlah adik beradik aku insyaAllah.
Meriahla sikit hidup aku bila ada adik beradik ramai tiba-tiba.
Wow .


Umi mentor terbaik. Sayang kami macam anak. Didik kami macam sebenar2 ibu yang nak yang terbaik untuk anak2 dia. Umi galas tanggungjawab besar, menjadi nakhoda kapal kita yang berlayar selama 5 tahun lebih dengan penuh amanah beserta cinta luhur seorang ibu. Umi tak pernah berkira soal makan. Macam-macam dah umi jamu kami dari nasik dagang, nasik lemak, bermacam-macam jenis nasik sampai ke ikan goreng special yang umi masak atas bot di Tasik Kenyir, ikan singgang versi teranung yang super sedappp. Tu tak sebut lagi budi umi didik kami dengan kata-kata dan semangat dia tiap kali kelas tutorial. Bawak buah2 dari kebun umi yang macam-macam. Tanya khabar kami dan sentiasa pertahan kami walau apa jua keadaan. Tu belom cerita lagi jasa umi bawak kami kenal seluruh negeri terengganu ni. Maklumlaa dari awal sem x henti-henti buat program jalan2 sana sini. Dari Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Marang, makan dekat tempat sedap2 semua sebab kesungguhan umi. Tq umi.


...

Monday 14 November 2016

Esok Last Paper

Assalamualaikum.

Tajuk macam happy kan. Hakikatnya tak tahu la apa yang rasa. Happy tu mesti, tapi jauh di sudut hati, sedih. Sebab esok adalah last paper aku jawab exam sepanjang aku di ipg ni. Lain betul dengan sebelum sebelum ni. Sebelum2 ni last paper tu memang happy dooh la sebab tak sabar nak balik rumah tapi yang ni????

Lain.
Sebab
Esok mungkin kali terakhir perjumpaan kita sebab lepasni semua dah balik negeri masing-masing dan susah dah nak datang terengganu.
Esok saatnya nak say bai2 dan minta maaf hujung rambut sampai hujung kaki
Lima tahun setengah di sini
Mungkin dah banyak salah aku buat
Aku minta maaf yaaaaa


Esok kita jawab fiqh sama-sama dulu.
Fightin untuk last paper.
Lepastu kita nangeh sama-sama okay?
Tapi sis takot sis gelok je esok macam dekat felda residence aritu. Kawan mai peluk aku sambil nangis, aku boleh senyum2 suke2 kihkih. Sebab masa tu rasa lambat lagi kottt nak berpisah.



Friday 11 November 2016

rindu mami

Tengah baca buku ni.
Tapi temenung banyak.
Pastu main enset la.
Tula cara belajar aku. Bila nak berubah sa?

Tiba2 rindu mak. Kahkahkah. Macamla duk mesir gayanya. Biala nk rindu jugok!

Kita ni kan ada satu masalah.
Bila dekat susah.
Bila jauh pom susah.

Bila dekat pening dengar mak bleteq. Mak cheq memang suke bleteq. Yela mak sape tak suka kan haha. Kalau aku jadi mak nanti pon konpem ni antara kepakaran aku. (Yeke?)

Tapi bila jauh.....
Rindu pulok.

Walaupun mk tinggal rumah setengah hari pun.
Akan rasa sunyi tak dengar suara mak kita bleteq kan kan haha.
kadang-kadang bila mak gi mana-mana.
Duk tuggu bila mk nak balik yeee. Hahaha . Sebab boring takde orang nak marah2 kita. Wakaka.


Tula masalah aku.

Aku nak study ni.
Doakanla aku qawiy. (Baca : kuat)
Tak qawiy ni.
Rasa nak tidoooo je.
Doakan jangan lupa.


Hari isnin dah start exam.
Ni exam terakhir aku.
Setelah 5 tahun setengah.
Doakan aku ye teman-teman.








Saturday 5 November 2016

Selamat Pengantin Baru Seha

Assalamualaikum.

Selamat pengantin baru seha.


Ambik keputusan ke Gambang malam Khamis tu.
Shamu usaha cari tiket bas. Alhamdulillah. Ada rezeki kami.
Nak sangat pergi.
Nak tengok hari bahagia kawan.
Walaupun beberapa hari sebelum tu macam dah tak jadi.
Tapi kita merancang. Allah punya perancangan lagi hebat.

Jumaat pagi tu. Aku bertolak ke Gambang. Naik bas. Sampai di Kuanta.

Mula2 sampai di stesen bas kuantan tu, part kelakar bila pakcik bas yg bawa bas kami dari KT-KUANTAN tersempak balik dengan kami. (Dalam bas memang pakcik dua orang ni berbual dengan kami sebab kami duk seat paling depan. So dia kenallah siap panggil ustazah hahaha)

Aku dah senyum tengok pakcik tu. Pakcik macam perasaan kami yang tengah bolok waktu tu. Kahkah. Sebabnya baru lepas tanya pakcik yang ada kat situ pasal bas ke gambang. Katanya, kamu kena naik 2 bas. Bas nombor 300. (Garu kepala jap) haha. Dan datangla pakcik tu.

Pakcik : bakpe ni?
Kitorang : *sengih*
Pakcik : sape ambik kamu.
kitorang : xtau lah.
pakcik: tadi kata kawan kamu ambil.
Kitorang : erm. Pokcik tau dok nk g sane macamane?
Pakcik pandang.
Pakcik : xtau. Xpenah naik bas gi sana. Gini gi tanya bawoh tu. Pokcik ase kne naik bas no.100. 2 kali naik.
Kitorang : lalu x gambang waterpark?
Pokcik : eh. Dok lalu ase.
Kami : *pandang sesama sendiri* hahahhaha. Macamana nak sampai rumah kawan aku tu kalau tak lalu situ?
pokcik : kamu semayang x lagi?
Kami : pegi semayang dlu. Lepastu kamu cari bas.

😊😊😊😊

Akhirnye sampai la rumah kawan aku ni. Nasib baik lah umi seha ni ada di bndr waktu tu so umi lah yabg datang ambil kami. Sampai je terus siap2 sebab malam tu ada majlis tahlil dan berinai.

.......

Malam tu tidur di homestay. Peristiwa dengan makcik (isteri pakcik homestay) akan jadi kenangan paling indah dalam hidup. Ha ha. Hanya yang melaluinya faham.

Malam tu, aku dengan kawan aku ni (shamu) berbual-bual. Bila datang sorang lagi kawan (dila) makin riuh jadinye. Lama kot tak jumpa. Lepas tamat SPM aku memang tak pernah jumpa dila. Kurang lebih 6 tahun.

Tak habis kat situ, pagi tu (3 pagi) masa aku tengah tidur kroh3 sampai lagi rombongan cik kiah dari kl. Aku rasa rumah macam nak runtuh masa tu dengar sep dia ketawaaa hahahahahha. Nasib baik aku tak bangun join sekali masa tu sebab tak mampu pun nak buka mata.

Pagi tu aku terkejut masa bangun nk semayang tengok orang lain tido kat sebelah. Genyeh mata. Dayah!!!!!! 6 tahun x jumpa ex-roomate yang gila2 ni. Macam-macam kenangan kami sepanjang duk di bilik sama (kamar syifa') masa sekolah menengah dulu.

So lepas solat tu, aku dengan dayah berbual2 dan bercerita panjang. Banyak sangat nak cerita. Kahkah. Sikit-sikit ketawe. Pastu sambung cerita balik. Kalau ada mimi sekali pecoh bilik pagi tu. Ha ha.

Kawan aku tu akad lepas zohor, so pagi tu kami duk bincang nak ke mana tapi sampai ke sudah tak tahu nak ke mana. Haha. Kelako la. Sebab semuanya bukan orang sini dan tak tahu nak berjalan di mana.

Lepastu kami siap2 (walaupun taktau nak ke mana).

Singgah sarapan kejap. Lepastu ambik keputusan ke bandar Kuantan nak cari hadiah tapi xjadi sebab rasa jauh sangat takut dok sempat ngan majlis akad. So patahla balik.

Kami singgah di Gambang Waterpark. Sebabnya rumah kawan aku ni dekat sangat je dengan sini. Bukan mandi deh. Ambik gambo je sebab semua berbaju kurung berjubah cantik2 dah . Kang kalau mandi x pegi dah rasa majlis kawan tu. Tau-tau jela bila masuk dalam air memang tak ingat apa dah kan. 😂😂😂

Dekat Gambang Waterpark ni rasa malu sebab semua orang pakai baju mandi tapi kitorang pakai baju nak gi kenduri. Kah3. Tapi demi nak ambil gambar buat muka tak malu je. Redah jelah. Duduk je bergambo depan tu walau ada sekumpulan manusia pandang kami pelik. Hahaha. Semua buat muka yakin di situ.

Lepas puas hati bergambar, so pergila surau tempat akad kawan ni. Lepas zohor tu dah ramai orang membanjiri kawasan surau tu. Eksaited weh nak tengok kawan kami nikah. Dia nikah pulok dengan kwn se sekolah kitorang juga. Tak sangka sungguh secepat ni kawan aku ni kawen. Tumpang happy.

Alhamdulillah, lepas sah sah sah tu, kitorang menjamu selera puleks di rumah dia dekat kawasan tu jer. Makan sampai puas ati weh sebab nak balik jaoh lepastu. Lepas makan je terus masuk serbu pelamin nak ambik gambo.

Selamat pengantin baru untuk seha dan acak. Semoga jodoh kekal dan selamat bercinta sampai ke syurga!


...........

Balik ke Terengganu, malam tu singgah tido di rumah kawan di Marang. Seronok sebab last datang rumah ni lepas SPM dulu. Perasaannye macam tak percaye sampai lagi dekat rumah ni.

Esok tu kawan hantar balik IPG. Sambil2 tu plan makan ramai2 di Tok Jembal. Spend masa sama-sama. Bercakap tu ini sambil2 makan tepi pantai. Memang terbaiklah!

Tambah2 lama gile tak jumpa mimi so haritu ada rezeki jumpe. Dia datang ambik aku kat situ dan hantar aku ke IPG. Teman kemas barang siap tolong angkut barang aku yang banyak tu nak wat balik rumah. Paham2 jela harta yang disimpan 5 tahun banyaknyeeee. Ha ha. Tak puas jumpa kejap sangat rasa, insyaAllah akhir tahun kita jumpe sekali lagi ye mim.


Ok tata! Tu je cerita aku kali ni.





Sunday 16 October 2016

Di rumah itu ada cinta

Orang kata. 
Home sweet home.
Di rumah itu ada kebahagiaan.
Ada kasih dan sayang.

Bagi aku,
Di rumah itu ada cinta.

Dan itulah sebab paling kukuh kenapa tiap2 minggu aku usaha untuk balik rumah. 
Sebab aku suka, bila balik rumah, walaupun penat. Kita tetap rasa bahagia sebab boleh jumpa orang yang kita sayang.

Wednesday 12 October 2016

semua tu rezeki

Post kali ni lain sikit.

Orang hulur kad.
Aku ambik.
Baca nama pengantin.
Senyum.
Gembira mesti. Sebab kawan kita nak kawen kottt.
Tapi dalam masa sama bermonolog dalam hati "aku bila lagi?"
Apa yang dirasa masa tu?
Tak tahu. Sungguh tak tahu.
Sedih ke? Tak juga.
Dah tu?
Tula cakap tadi aku taktau apa aku rasa.


Buat apa aku fikir semua ni?
Kalau ada jodoh ada la.
Enjoy la dulu hidup dengan teman2 dan family sementara ni.
Betulla tu.
Tapi...kadang-kadang dalam takmau pikir pun terfikir juga. Yela tengok classmate lepas sorang-sorang naik pelamin, mana x gelabah. Kakakakaka. Kadang takmau pikir, tapi bila ke mana-mana, isu ni la yang dibincangkan.

Allah belum bagi ,
Sebab Allah tahu kita memang tak sedia.
Dan kita ada tangyungjawab untuk orang lain yg lebih perlukan kita.
Rezeki tiap manusia tak sama kan.
Ada yang dapat kahwin awal. Bahagia hidup berumahtangga.
Ada yang dapat rezeki jadi ibu ayah awal. Bersyukurnya mida-muda dah dapat jaga anak.
Ada pula Allah bagi rezeki pada dia bersama keluarga dulu. Pon bahagia.
Ada juga Allah rezekikan dapat kerja best2. Rezeki la tu.


Bila namanya rezeki, mesti disyukuri.
Kenapa sibuk fikir apa yang kita tak miliki?
Dan kenapa mesti banding-bandingkan?
Allah bagi ikut kemampuan hamba Dia.
Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Aku tulis masa aku ingat. Bila lupa, aku pun sama. Banding-bandingkan juga kenapa dia? Tula guna kita manusia saling ingat-mengingatkan. Yedop? Bila aku lupa, kalian ingatkan aku ok?




Monday 10 October 2016

37 hari to go

Masam manis pahit suka duka sedih bahagia stress geram menyampah benci saiyang. Semua rasa tu pernah ada sepanjang 5 tahun setengah. 

Pejam celik. Sekejap sangat berlalu masa dekat sini. 


Tak tahu sebab apa, malam ni aku sedih sangat. Sukar nak dicerita. Bila tengok gambar dengan kawan2 terutamanya classmates yang macam2 ragam, rasa nak menangis tiba-tiba. Biasakah perasaan ni? 

Lantas hati bertanya, mengapa mesti ada perpisahan setelah kita sudah sayang.

Ya. Bertemu. Berpisah. Itu lumrah sebuah kehidupan. Terima kasih Ya Allah kerana kau hadirkan mereka dalam hidup aku. 

Tadi berbual dengan ustaz suhaimi di japim. Kata ustaz.

"Nanti kamu akan rindu"

Ya ustaz. Akan tersangat rindu. Lepasni kalau lalu depan bangunan ipg ni mesti sebak kan. Macamana aku sebak bila lalu bangunan imtiaz lama. Sebab seolah - olah aku nampak keadaan kami suatu masa dahulu di dalamnya. Seakan-akan aku terdengar keriuhan suata kami di sana. Begiulah mungkin perasaanku bila melihat bangunan ini satu saat nanti. Mesti terbayang wajah sahabat2. Terbayang keriuhan kami di sini. Yang pada tika itu mungkin sudah tak ada siapa-siapa, kecuali bangunan yang masih utuh berdiri.

5 tahun setengah.
Yang bukan seketika.
Yang telah aku telan pelbagai rasa di dalamnya dengan penuh sabar.

37 hari berbaki.
Nak happy-happy je.
Takmau terasa-terasa lagi.


Susahnya nak gambarkan rasa ini. Ia seolah sati rasa yang terbuku sukar dirungkai. 


Mungkin lepas ni aku akan jumpa lebih ramai kawan di luar sana? Tapi. Takkan sama dengan teman zaman remaja yang tahu serba serbi tentang kita. Yang telah berkongsi segala cerita suka-duka sama-sama. Yang saling menguatkan antara satu sama lain.


Kalian. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana nama kalian pernah ada dalam hati aku. InsyaAllah takkan aku lupa dan akan kusimpan kemas cerita-cerita kita. Kalianlah, sahabat yang aku sayang, selamanya. :'(


Sunday 2 October 2016

Rindu Cameron

Cameron. Adalah tempat yang sangat aku suka sejak dulu. Walau dah berkali jejak, tetap seronok bila ke sana. Tempatnya yang sejuk, cantik pemandangannya, menenagkan jiwa. Itu sebabnya aku jatuh cinta.


Trip masa sekolah menengah (2008), n trip kelas aku tahun lepas adalah antara memori yang best sangat-sangat. Zaman sekolah menengah tu aku tak berapa ingat kami ke mana sebab dah lama sangat. Tapi yang pergi dengan classmate tahun lepas masih segar dalam ingatan. So nak throwback la balik hari ni untuk kenangan pada masa hadapan. Hee.

DAY 1

BERTOLAK KE CAMERON

Antara yang paling semangat nak ke sana, aku la. Haha. Kami bertolak subuh (tak ingat hari ape. Rasanya kitorg pegi bukan hujung minggu). Sampai sana lebih kurang tengahari. Perjalanan tu rasa jauh juga la. Tapi best sebab naik van ramai2. Haha. Tau la classmate aku bising tara mana. Bercakap je kerjanye dalam van. Haha.

Gambar kenangan yang diambil sewaktu perjalanan ke Cameron Highlands. Masa ni baru lepas makan


TIBA DI CAMERON


Sampai sana dalam tengahari. Jalan2 sikit di pasar. (Tak beli apa2 kat sini sebab harga dia mahal sikit). Lepastu kitorang pergi Bee Farm. Bee Farm ni okeylah, ada banyak and macam macam spesis lebih kat sini. Aku jalannn je xminat sangat. Hihik. Pada yang minat spesis lebah ni, bolehla datang sini. Masuk percuma.




Gambar-gambar kenangan yang diambil dekat Bee Farm. Best.


Lepastu semua naik van and bergerak ke (?) Aku x ingat namanya. Kat sini pun macam-macam ada. Geram jugak tengok bunga yang cantik2 walaupun aku bukannye spesis minat bunga. Kawan2 ramai jugak beli tapi ai cuma beli aiskrim je and makan di luar sementara tunggu diorang habis shopping. Haha.

Tangkap gambar dulu la hehe


Lepastu, kitorang bergerak plak ke Big Red Strawberry Farm. Tempat-tempat ni memang kitorang survey dari awal lagi. Kitorang pergi yang masuk percuma je tak perlu bayar. Hee. Biasalah student bukannya berduit sangat. Ngee. So pilih2 yang free jela. Dan antara tempat yang best kalau datang Cameron ni Big Red Strawberry Farm la. Bagi aku. Sebab macam-macam ada kat sini. Walaupun kene jalan jauh juga untuk masuk. Tapi puas hati sangat. Best. Bole petik sendiri strawberry, buah-buah lain n sayur jugak. Tapi kitorang x memetik pun. Keh2. Bersiar-siar je sambil ambik gambo n naik makan dekat atas. Macam-macam makanan yang berunsurkan strawberry ade kat atas sana. Best duk atas tu sambil makan-makan n hirup udara sejuk Cameron. Rasa macam nak beli semua je makanan tu. Hahaha.


Starwaberry segar-segar di Big Red Strawberry Farm.


Kemudian terus check-in ke Cikgu Zizi Homestay (lepas survey ni antara yang okey). Jujurnya puas hati lah sebab rumah dia besar (3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruangtamu yang luas) untuk kami yang ramai ni, kira selesa sangat Alhamdulillah. Suka.




Gambar kenangan di Zizi Homestay


 Lepas bersihkan diri dan solat, kami bergerak ke Lata Iskandar. Cerita pasal Lata Iskandar pun satu hal juga. Haha. Sebenarnya yang semangat nak mandi budak2 lelaki. So naiklah van ke sana. Ingatkan dekat, rupanya jauhnya Ya Rabbi. Dalam van tu macam-macam rasa pening kepala loya semua ada. Semua dah berkerut-kerut sebab x nampak bayang Lata Iskandar selepas sejam perjalanan. Tapi diteruskan juga sebab dah pergi jauh takkanlah nak patah balik???


Alhadmulillah, selepas segala badai dan onak duri ( haha ) sampai la juga kami di Lata Iskandar. MasyaAllah cantik sungguh tempatnya. Air dia sejuk sangat-sangat. Yang lelaki semua eksaited nak mandi, kitorang cuma duduk berbual, bergambar, main-main air. Sampai tu gelap dah. Dah nak maghrib. Adus. So dapat mandi sekejap jelah dan lepastu bertolak balik semula.

Bergambar depan lata


Masa perjalanan balik tu gelap sangat jalan. Bawak slow2 je. Dalam kol 9 lebih kot, sampai di Pasar Malam Brinchang. Walaupin penat, tetap semangat jalan2 di Pasar Malam. Macam - macam ada dekat pasar malam ni. Best sangat-sangat rasa x puas membeli. Haha. Yang laki2 dah balik dulu sebab mengantuk sangat tunggu. Haha. Sabo jelah. Balik homestay dah lewat. So malam tu tido dengan amanlah kami.


DAY 2

Pagi tu cadang nak ke ladang teh n ke Kea Farm (yeke?) sebelum bertolak balik. So kitorang bergerak la ke Ladang Teh Sungei Palas. Jauh sangat berjalan nak naik ke atas. Tapi bila sampai atas tu suka sangat2. View dia lawa weh. Apalagi, ambik gambar la.



Kemudian, kami shopping dulu puas2 sebelum balik. Apa yang tak sempat dibeli di pasar malam semalam, beli kat sini. Harganya lebih kurang je. Pandai tawar menawar bereh slalu. Cuma, aku x ingat apa nama pasar ni. Hehe. So puas hatila. Lepastu naik van dan balik ke Terengganu.


Alhamdulillah, best sangat-sangat trip yang kami namakan "jaulah strawberi" ni. Tak sangka apa yang dirancang berjaya dengan izin Allah. Alhamdulillah. Syukur.


Jaulah strawberi ni akan menjadi kenangan manis untukku. Banyak sangat yang best. So lepasni nak pergi lagi. InsyaAllah. Sampai di sini saja. Bai.

Sunday 25 September 2016

Bridesmaids Osem

Cerita pasal bridesmaids ni boleh buat aku tersenyum je bila ingat balik. Plan nak jadi bridesmaids ni dah dibuat lama sejak sem lepas lagi. Sejak tu mula fikir nak pakai tema warna apa, jubah macamana? Tudung nak kain macamana n warna apa.


Lepas dah beli tiket, lagila semangat nak pegi Johor. Suka sangat boleh naik bas. Biasalah orang jarang-jarang dapat naik bas memang eksaited lebih sikit. Haha. Dulu masa berulang dari dungun-besut tak ada nya istilah eksaited naik bas. Huahua.

Hari beli jubah tu punyala semangat pilih jubah mane yang okey dekat muaz. Tudung dah lama dah siap. So kami tetapkan warna ala ala maroon gitu. Sebab tu je yang paling okey dan ada semua saiz(dari yang kecik sampailah yang beso macam ni hehe).


So stat situ mulalah kira detik nak pegi johor. Seronok dia lain macam. Sebab kawan kita nak kawen. Sebab nak g jalan jalan. Sebab bestt dapat bersama kawan2 sekelas. Banyak sebab lah.


Dan pada hari kejadian, 2 buah kereta dan 4 orang lagi naik bas mula la bertolak ke selatan tanah air. Sebelum naik tu isi perut dulu (macam biasa la haha). Lepastu gi solat maghrib n berborakla panjang sementara tunggu 9.30 pm.


So dalam bas yang banyaknya menung je. Haha. Lepas penat bercakap semua dah mengantok dan tido la sampai la chaah ( rumah kak pae).


Pagi Jumaat



Tak sangka akan sampai di rumah kak faizah lagi untuk kali kedua. Lepas sarapan dan mandi, terus bertolak ke batu pahat. Sebelum tu kita ambik gambo dulu depan rumah kak faizah.



Lawa sangat pohon sakura tu. Masa ni hujan rintik-rintik tapi gigih juga semua nak bergambar.

Sepanjang kereta sepanjang nak pergi rumah ika tu cakap je tak henti. Harini kitorang nak pegi tolong je sikit-sikit. Malam tu ingat nak jalan dekat mana2. Sampailah rumah pengantin. Tersenyum lagi aku sebab tak sangka akan sampai lagi di rumah ni. 


Cantik sangat pelamin tu. Ambil gambar dulu sebelum tolong buat keje haha


Perkenalan dengan maklong


Kisah dengan maklong ni antara part yang kelakar. So dipendekkan cerita maklong ni antara orang kuat majlis ni la. Dia boleh juga lah dipanggil flow manager. Hihik. Kitorang geng bridesmaids ni akan berdebar bila mak long lalu atau panggil sebab rasa macam "ada benda tak kena ke?" Haa gitu rasanya.


Petang tu masa bahagi tugas aku kena bahagian bunga rampai.


"Hiris halus halus ye. Sape paling halus maklong buat jadi menantu"

Kata maklong dengan tegas dan maklong pun berlalu. Maka mulala semua bekerja sambil berbual. (Aku rasa berbual yang lebih hahahahha) siap main true or dare lagi. Syokk buat kerja ramai2 dengan kawan-kawan ni. Ni adalah antara kenangan manis kami. Susah nak duk ramai2 sama2 buat kerja macamtu walaupun kami semua sekelas kecuali ateng. Mak long dua tiga kali mai intai kami tapi x siap2 juga biga rampai. Ha ha. Satu group lagi tolong kak seha buat sushi. Dekat masuk waktu maghrib tu siaplah kerja2 kami dan kami minta diri untuk ke bp mall lepas solat dan makan.



Wefie dulu sebelum masuk. Ni la semua geng bridesmaids osemmmm.


Kami sampai dah pukul 9 lebih. Pukul 10 dah tutup. So berkejarlah kami cari hadiah untuk penganting. Dok sempat pun nak suka-suka. Kejap sangatt. Sebenarnya nak sangat pegi wet world. Dah lalu pun tapi masa x mengizinkan untuk pergi. Tak de rezeki. Huhu. Lepastu terus ke rumah makcik anim (mak saudara kawan) untuk bermalam di sana. 


Pagi sabtu. 


Lepas makan roti canai pagi tu, semua bersalam dengan cik anim dan minta diri. Orang di sini baik2. Alhamdulillah. Kami terus ke rumah pengantin sebab banyak lagi tuntutan di sana. Sampai tu lebih kurang jam 8.30. Pengantin dah siap. Dan.....bermulalah majlis akad nikah.


Debaran menanti akad


Lepas sah sah tu semua lega. Alhamdulillah. Kawan ceq dah jadi bini orang dah xleh loqlaq macam selalu noh. 

Apa yang berbeza di johor ni dia ada amanat ibu yang dibaca. Masa tu semua sebak. Ada yang menangis doh. Lepas selesai semua maka macam biasa la ambik gambar duluan.






Gambar dengan mak pengantin. Makcik Aisyah.

Lepas bergambar tu, terus sambung keje. Aku qema dan aten tolong jaga bahagian taufufa di bawah bimbingan maklong paklong dan pakcik taufufa. Haaa ramai x pembimbing nye. Hahaha.

Geng taufufa. Hahaha.

Penjaga stesen taufufa yang tetap istiqamah haha



Suasana sebelum orang ramai membanjiri majlis ni. 7 khemah oi.


Ni pulak geng penyambut tetamu n p.a system yang sibuk di bahagia depan


Penat tapi ni la pengalaman yang sangat manis dan indah. Jadi jong kako atau kendarat ni syiok juga. Sebab masa yang diguna untuk buat keje sama-sama tu best sangat. Bukan selalu boleh macamni khen.


Outdoor photoshoot


Lepas semua dah penat muka dah x comey hahha maka tibalah masa untuk sesi outdoor dekat taman yang aku x tau apa nama dia di parit sulung. Sweet sangat ah pasangan ni.

So meriahlah taman tu dengan suara2 kami.





Selesai photoshoot lebih kurang pukul 5. Lepastu siap2 la nak balik terengganu. Sebelom baik bas makan dulu. Haha. Alhamdulillah. Best sangat - sangat. Moga ika n zafran, bahagia sampai syurga.


Seminar AR

Dah boleh tarik nafas lega. Alhamdulillah. Senyum. Bila dah habis turn kita present kajian tindakan tu, rasa dia lain macam. Rasa macam dah habis belajar. Yahoo. (Hakikatnya tak habis lagi haha). 

Alhamdulillah. 
Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih mak dan ayah.
Terima kasih kaklong n abang ipaq.
Terima kasih family.
Terima kasih pensyarah2 (terutamanya sv ustazah salma yang banyak sangat2 tolong)
Terima kasih sahabat2,
Terima kasih semua yang mendoakanku.

Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Aku paling nervous bab sesi soal jawab yang last tu. Walaupun cuma lima minit, rasa macam lamanya. Hihi. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan. 



Ambik gambar sweet sweet sikit dengan penyelia tersayang lepas habis bentang. Ni mama kami (ustazah salma) 


Apa yang best. Sehari sebelum bentang, ustazah bawa kami kelua makan cendol sambil cakap2, nak bagi semangatnya untuk anak2 dia yang nerveous masa tu. Haha. 


Muka eksaited dapat makan cendol free. Terima kasih ustazah. :) esok tu dapat makan ict di firdausy seberang takir pulok. Memang rezeki sungguh. Baiknya ustazah. Hee.






 Geng bilik 8 yang sprting habis. Penyokong paling kuat ni. Thanks semua.

Ni dia wajah-wajah happy sangat lepas habis bentang. Rasa nak jerit je merdeka!!!!!! Hahaha.

Sabarlah

Sabarlah. Cuma ungkapan itu yang mampu berbisik di hati. Ikutkan hati, rasa nak mengamuk, tapi kenapa kita pilih jalan tu kalau kita masih mampu bersabar?

Sakitnya, cuma Dia yang tahu bila kita dituduh buat sesuatu yang kita tak terfikir pun untuk buat? Aku manusia yang punya perasaan. Bila dituduh, rasa nak marahhhh sangat. Tapi, bila fikir2 balik, untuk apa marah? Bukankah cuma sia-sia? Yang sakit kita, bukan orang lain.

SUDAHLAH.

Selagi boleh sabar. Sabarlah.
Selagi boleh senyum. Senyumlah.
Sebab hanya itu penawar untuk jiwa yang terluka.


Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk bersabar dan berlapang dada. Amin.


Semoga sentiasa dirahmati. 😊

Impian Mak

Impian mak pada aku. Bagi aku besar. Aku terkelu tiap kali mak berbicara soal ni. Bukan apa. Sebab aku risau, kalau aku tak mampu. Sedang dalam hati berdoa supaya Tuhan memudahkan semuanya. Untuk mak dan ayah, aku nak bagi segala-gala tapi siapa aku. Aku bukan orang yang punya banyak wang, tapi aku punya cinta yang terlalu besar untuk mereka. Cinta yang susah untuk ditulis dan dibait di sini. Ia ada dalam jiwa paling dalam. Yang tiada siapa tau. Kecuali Dia. 




Thursday 8 September 2016

Hati, kau belum sembuh ke?

Perjalanan menuju Johor malam ni, ditemani hujan renyai yang menitik ke bumi. Seolah faham makna dalam hati yang tersimpan kemas di lubuk paling dalam.

Itulah hati yang telah terkunci untuk sekian lama. Hati yg sudah tawar dan kering sejak bertahun lamanya. Walau seringkali aku berbisik pada hati supaya ia terus kuat, sesekali ia tersakit juga.


Hati. Tolonglah jangan lemah hanya kerna sifat manusia yang telah membencimu.


Kupandang lurus ke jalan di hadapan. Masih jauh perjalanan hidup ini. Kenapa aku harus tersekat hanya kerana itu? Masih belum sembuhkah lukamu wahai hati? Dah bertahun lamanya. Ubat apa lagi yang harus ditelan supaya sakit itu pergi?

************************


Semoga satu hari nanti kau akan sembuh, dan tersenyum seperti dulu. Sepertimana bibirmu selalu tersenyum pada manusia, begitulah hatimu berhak memilih bahagia.


8september2016
10.35p.m
Atasbas







Tuesday 6 September 2016

AR ?

Assalamualaikum. Entry kali ni nak cerita pasal AR. AR = Action Research.

Minggu ni minggu AR. Haha. Doakan cheq kuat. Sebenanya x sabar nak naik bas gi johor. Nak g kenduri classmate. Aku ni sokmo terlebih excited nak g majlis org sebab majlis sendiri xtahu bila. Haha.

Erm. Ok cerita pasal ar. Sebenarnye aku stress ngat2 wpon xtau apa yang aku buat sampai stress? Rasa macam tak buat apa-apa pong? Tapi nak stress jugok! Haha.

Xsaba nak abiskan semua ni. Walaupon sedih nak habis belajar dah, tapiii tapii x sabar nak abis jugok! (Aku pun xpaham apa aku tuleh) haha.


Okeyla aku sebenanye pening ni. Rindu kat blog. Singgah meta. Kiki. Doakan aku qawiyyy deh. Amin3.

Wednesday 17 August 2016

SEBUAH KEHIDUPAN

"Ada sebab kenapa Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita"


Kata-kata ini yang aku pegang sejak dulu. Jangan kecewa. Allah dah tahu yang terbaik untuk tiap-tiap hamba. Cuma kita (termasuklah aku) yang kadang-kadang masa tengah down mempersoalkan mende ni. Padahal kita dah tauu Allah tahu yang terbaik. Besela manusia. Selalu lupa.



Mungkin Allah nak kita belajar sesuatu dari kekecewaan. Ambik pengajaran daripada kisah hidup yang tak selalu indah. Nama pon hidup. Mestilah banyak dugaan ye dak. Hehe. Allah bagi akal pada manusia, tula gunanya. Untuk pikir mana baik mana buruk untuk diri kita.


Kadang bila rasa kecewa bertandang ( tipula kalau cakap tak kecewa ) cepat-cepat buang. Dalam hidup kita ni, banyak lagi benda nak kena fikir. Kannnn. Hehe.


MAK AYAH TU.

Bila sentuh bab ni memang rasa sedih. Mak ayah di rumah. Sape nak jaga nanti? Kita la. Kita kadang sibuk sangat dengan hidup kita (belajar/bekerja/cariduit/anakanak/cintancintun/pakwemakwe) sampai lupa kita ada mak ayah yang selalu nak perhatian kita. Bawak bawak le tanya khabar depa. Kalau takleh buat hari2 pun, atleast jangan lupa terus okey.


Ingat balik. Sape jaga kita dari kecik sampai dah beso macam mak orang ni. Ingat balik sape bagi duit untuk kau bawa pi sekolah tiap ari. Sape yang pujuk bila sedih. Sape yang sediakan macam2 semata mata nak buat kita happy.


Dah tu takkan la sebab benda macam gini , nak bersedih sangat-sangat kan. Tanya balik sebab apa kita kat sini?



......

BERSAMBUNG





RADIO AL QURAN. BEST KE?

Kali ni nak bercerita pulak pasal radio al-quran digital yang akak jual ni. Meh baca dulu ye. Tuai minat, sambil2 cari duit lebih sikit untuk kehidupan. Barula tau bukan senang nak senang. Bukan senang nak dapat duit tu. Hm.


Okay akak takmau beleter. Kali ni akak nak cerita pasal radio ni je. (Selama ni asyik cite pasal idup, kawan-kawan, ipg, family) je kan. Hik3.

Gini, cerita ni bermula sejak akk nak beli benda macam2 gini. Lama dah tapi baru haritu akak jumpe di i.g seorang blogger ni,  so, terus order sebab eksaited sangat2 nak memiliki benda  alah ni. Nak dijadikan cerita, xtau masa ni ayah sendiri jual. Haha.


So,lepas guna radio ni, akak rasa best sangat2. Memang sangat berbaloi-baloi dengan harganya. Qari pulak ramai. Boleh pilih bak dengar bacaan sape. Misyary rashid ke, saad al gahmidi ke, abdurrahman sudias ke, taha al junayd ke, semua ade. Macamana nak guna? Okey uolls tekan je nombor2 die berpandukan kad yang akan diberi bersama radio nanti. 





Pagi2 petang2 sambil2 buat kerja tu syiok juga dengar alquran dgn radio ni. Kalo akak nak cerita pasal kelebihan dia memang takkan habis la. Sebab, banyak sangat-sangat. Audio dia sangat kuat tau. Kalo kat rumah, mak pasang kuat2 smpai kat dapur bole dengar. Kalo mengajo alquran di kelas, akk suka pasang dulu audio pada anak murid sebelum kitorang stat mengaji. Budak2 suka dengar. (Tujuan nak suh diorg dengar bacaan tepat daripada qari)


Ha...boleh cucuk usb kat tepi (pendrive e.t.c) boleh guna earphone, and and boleh dengar radio gak (sebab tu le nama dia radio al-quran) misal kata lepas dengar ngaji nak pasang plok radio, bole je tukar anytime. Ala banyak sangat la kelebihannya. 


Tak mahal pun. Akak jual berapa?


Rm 85 


Jauh? 

Takde masalah dik, akak pos kan untuk awak okey. Kurang lebih seminggu dah sampai. 

Berapa pos?

Semenanjung : rm 6
Sabah sarawak : rm 9


Radio ni kecik je. Senang nak bawa ke mana mana. Kalo akak , letak je dalam handbag n bawak la nak bawak smpai ke mana pon takde masalah. 


Kalo rasa nak hadiahkan something pada parents tapi taktau nak beli apa? Akak suggestkan beli la radio ni. Berbaloi baloi. Mak ayah mesti hepi sangat sebab selain dengar, boleh betulkan tajwid melalui radio ni. (Dengar bacaan qari)


Ha...lenkali akak sambung lagi yer. Dah banyak dah cerita tu. Pikir-pikir dulu. Kalo berminat terus pm facebook akak Natasha Kamaruddin@ dm di instagram natashakamaruddin. Jangan tunggu lama - lama nanti melepas nyesal x sudah.

Akak sharekan gambarnye dekat bawah ni ye.

Ni la radio tu. Kecik aje kan. Senang nak dibawa ke mana-mana. Yang versi beso pon ade. Nanti akak post kemudian.


Ni plak testimoni n feedback dari customer. Alhamdulillah. 


Tak menyesal beli ni insyaAllah banyak manfaatnyer !






Tuesday 16 August 2016

KAWAN SUKA DUKA

Minggu sibuk. Banyak tugasan. Esaimen. Presentation. Kajian tindakan. Tapi gitula, semangat kadang ade kadang hilang entah ke mana. Mohon tembakan doa dari sahabat2.

Lama tak menulis. Harini terasa nak menulis kat sini. Ngeh3. Sekarang aku tengah siapkan cerita Nia Karmila. Macam besela, time sibuk2 gini banyakla idea nak menulis tu mai. 

Minggu ni aku eksaited nak p kenduri akak senior zaman sekolah dulu n mase aku blaja di ipg ni. Sebab dop sabo nak jumpe kawan2 skolah menengah. Plan asal nak buat reunion, tapi atas beberapa sebab xjadi...tangguh dulu sebab ada takleh datang. X seronok la bila x semua ada. Ingt senang nak berkumpul balik, (walaupun classmate pompuan kls aku dulu time form 1 - form 3 cuma 8 orang). Memang sikit sebabtu kami ni terlebeh rapat macam adikberadik dah. Taktaula, bila bersama rasa sangat syg tu, n bila bercakap sesuatu memang dari ati la orang kata. Winduuu.

Aritu padahal baru jumpe berempat. Sep2 ganu je. 

Dari kiri kak ibah, mardiah, aku, aini

Mula2 jumpe tu (sebab lama sangat dah x jumpa) kecoh dalam kete kak ibah. Bising dalam kete dok bincang nak makan kat mana. Pompuan besela. Hahaha. Kejap nak g situ kejap nak g sini last skali kitorg g makan kat sinila. Makanan sedap. Sejam lebih duk kedai tu, makan + gosip. Haha. Lepastu x puas bercerita, kitorang sambung lagi cite di dapo pata. Xmakan pun minum air je sambil berbual2 tepi pantai. Aduii best nye. 




Masa ni dah lewat malam. Walaupon aku tau pagar ipg dah tutup waktu ni , aku sedapkan hati je kata boleh ejahh haha. Walaupon macam separuh hati lagi kata tido lua aku malam tu. Demi bdk2 kesayangan atas tu hihihi. Sayang sangat2. 

Terima kasih kak ibah, aini , n mardhiah sudi datang sampai ke batu rakit, ambik aku. (Diorg semua duduk kat bando sebenanye , aku je kat sini). Haha. 

Tenkiu tenkiu bff. Me love uolls 😘



Tuesday 21 June 2016


Assalamualaikum. Salam 18 Ramadhan. Sedar tak sedar. Dah nak masuk ke fasa yang ketiga dah Ramadhan tahun ni. Dan setakat mana amalan kita. Adakah dah tercapai apa yang kita hajatkan untuk Ramadhan kali ni? Atau harapan cuma tinggal harapan? Tepuk dada tanya iman.

Ramadhan ni, bulan paling istimewa. Sebab tu ramai yang tertunggu tunggu kehadiran dia. Semoga kita sama-sama berusaha mendapat yang terbaik.

Gambar atas tuuu. Beberapa hari lepas. Tapi masih segar dalam ingatan. Hari Ahad lepas (19 Jun) kitorang satu kelas buat ifthor atas bot. Naik cruise di Pulau Warisan River Cruise. Best yang amat. Yelah. Sem akhir ni la nak kumpul banyak2 momen indah sebelum semua orang berpisah, semua orang sibuk dengan kehidupan masing-masing lepas ni.

Terima kasih pada AJK Aktiviti kelas yang rancang semua ni. Mula2 tau nak naik cruise tu rasa nebes jugak la sebab memang jenis xleh tengok air banyak
2. Jadi gemuruh jiwa dan raga. Hahaha.

Sebelum naik tu macam-macam la aku duk pikir. Tapi Alhamdulillah semua okey. Kawan2 pun sangat supportive. Jadi tiba2 masa duk atas tu jadi semangat la pulok. Haha. Nak2 bila tengok pemandangan yang lawa. Kih3.

Kitorang bertolak dari IPG lepas asar. Sampai sana 6.15 petang. 6.30 terus naik n pusing la kami sampai ke masjid kristal sampai lah pukul 8.00 malam. Best sangat lah buka puasa atas tu. Makanan kitorang tmpah yang murah2 je n bawak naik atas tu. Murah xpe yang penting sedapppp dan moment atas bot tu paling best. Bukak puasa ditemani angin sepoi2 bahasa dan air hujan rintik2 haha. Rare!

Bayar rm15 sekepala. Ok la smua puas hati boleh pusing2, ambik gambar, rasa pengalaman bukak puasa atas tu. Hehe. Memang puas hati sangat laa.




Ambik gambar berlatarbelakangkan Masjid Kristal.







Assalamualaikum. Salam

Tuesday 17 May 2016

Assalamualaikum.

Ya Rabbi dah terlalu lama aku nak menulis di blog sendiri ni, tapi setiapkali nak menulis je aku x jumpe mana nak cari untuk menulis. Blur sbb dah terlalu lama sangat tak menulis ni.

Last skali aku post tahun 2013, dah dekat 3 tahun lepas. Haha. Lama tu. Dah nak habis blajar dah pun ni. Tinggal satu sem lagi dengan kawan-kawan di IPG. Tak sabar nak grad, tak sabar nak kerja, tapi dalam masa sama sedih sangat3 sebab nak tnggalkan kawan2 yang dah 5 tahun bersama. Bayangkan 5 tahun duk tngok muka sama, suka duka sama sama. Mana tak sedih. Dah macam adik beradik sndiri dah rasa.

Ni la dia adik beradik kesayangan aku. Baru dua yiga hari lepas kitorang buat jamuan di Marang, Terengganu. Rumah mentor kitorang kat sini. Sebab tu buat di Marang sem ni. Best sngat2.




Ni lah dia antara gambar-gambar yang sempat dirakam bersama. Kejap je dah 5 tahun. Dulu masa mula2 masuk rase macam lama nye la nak habis 5 tahun tapi sekarang rasa cepat sungguh masa berlalu. Classmate aku dah 3 orang kawen. Dan ramai lagi yang bakal menyusul. Alhamdulillah. Hehe. Selalu orang tanya " mu bila?" Jawab aku " tunggulah. Bila tiba masa" hahaa. Nak buat mcmana, calon sesat lagi tu, nanti sampailah. Keh3. Doakan yang terbaik. P/s : sebenanye luse aku exam. Jadinya aku pegi dulu na. Sambung lenkali.