Thursday 14 November 2013

Yeay!

Assalamualaikum. huwww..dah lama sngt aku x hapdate blog aku ni..kesian dia..banyak sebab sbnarnye. lately sibuk dgn exammm..Alhamdulillah, dah habis exam harinih. dia punye bahagia tu, rase nk nangis pon ade*hi hi*..abis exam kan, sape x hepiii..lagi hepii bila kawan2 dtg bilik,

"tasha, balik dulu eh,"

-kak paezz-

*haha.kwn2 la sngtkan. sbnanye kak pae sorg je yg dtg bilik. saje wt gempak sikit. kiki. seronokk tngok diorg tarik bagasi tuu..aku ? termenung dalam bilik? dah bile aku nak baliknye? tengok orang je dari tadi? heh! tapi skrg aku dh boleh tarik nafas...fuhhh!!!!!! lega sbb dh siap kemas bilik. esok balik esok balik!
*gaya mcm duk jauh je. haha.*

oh ye sbnrnye aku dh lama x bercerita sbb aku x leh nk bukak blog ni..harituh aku punye pikir ape psword blog..adesss!! x ingat!! harituh punye laa smngt aku tulis sgala password,,tup2 kertas tu x tauu dah dekat mane. haha. well, that's me!

Sekarang ni aku tngh bace blog Arwah Yasmin Johan. Salah seorg blogger trknl. Orangnye cantik, manis, comel je. Tapi, Allah lebih sygkan dia. Dia pergi di usia muda. mase umur die 17 tahun(kalau x silap). Doakanlah smoga arwh ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman di sana. Dan kena ingt. Setiap org akn mati. Muda ke, tua ke, bukan ukuran die.

Blog arwah best. Kadang2 aku senyum. Mcm2 yg die tulis. Terutamanya perihal sekolah dn kelas dia. Aku suka baca sbb best, dia berbakat...skrg ni blog tu dikemaskini dn dijaga oleh mama dia.

Ok! Esok aku balik! Yey!! Seronokkk..Kwn2 aku ade yg p n.9 la, sarawak la cuti ni, aku? ermm. fikir fikir. Yg aku paling nk buat cuti ni ialah jumpe mimi!!!!!!!!mimi!! lama x jumpe bestpreng forever tuhh..

Aku cuti lama la jugak. Tahun depan baru start sem baru. Tadi Kak Zu a.k.a Zurina Ain dtg. Borak2. Nak berpisah dh kami. Kejap je dpt kenal dia. Hemm. xpe, ade pertemuan, ade perpisahan la. Chill !!

Sunday 27 October 2013

^_^

minggu ni tak adelah sibuk macam biase..sbb x pyh pergi kelas. itu satu yg boleh buat kite2 tersenyum. he he. lumrah la tuh.. belajar dan belajar. usaha tetap kena ada. sikit atau banyak, kita yg tahu. kan?

sem ni sebab ade b.a, makanya debaran itu makinlah terasa. tapi apapun, tq kpd mak,

"yang penting usaha,"

Siang tadi mak menasihati. Yap. Exactly. Usaha dulu barulah boleh berserah. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Org yg baik itu hebat..jiwa mereka baik. kata2 mereka membuatkn kita rase senang. walau dalam mesej mereka masih selitkan doa. Kdg2 jiwa yg kasar pun boleh jd lembut bila org bercakap dgn lembut. Orang yg x baik pun boleh tertarik utk buat baik(walau sedikit), bila melihat kelembutan. 

Kata2 yg baik, sangat berhikmah kan? Cakaplah dgn lembut,(ok. kalau x lembut pun ckp dgn baik)..bila org tanya dgn baik, maka jawablah dgn baik, bila org sapa kita, maka raikanlah dgn baik, bila org senyum dekat kita, maka senyumlah kembali..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*tadi adamadeeb dtg, "cuu.." adam panggil. he he. kenal ye? 
adeeb pon sengeh mewek je. comel. bulat. geram nk kutey. 

----------------------------------------------

ya.samapi sini je. 

^____^

Tuesday 22 October 2013

Bahagianya Menjadi Solehah

"masak ni bukanlah susah mana, yg penting rajin,tahu.?"

mak bercakap. aku? dengar. hem. setujulah dalam hati. mak tu, banyak benda yg dia dah ajar. mak hebat masak, cakap lah nak makan apa semua boleh. tapi saya ini nama saja perempuan, tp bnyk benda bukannya pandai buat.

*well.mana ade org sempurna. heh?*

tp x pe, masih dlm proses belajar. keh2.

"ambik la resepi.nanti mak dh x dop senang,"

katanya mak. masa balik raye haji arituh, mcm2 mak masak. bahagie. sebab dah lama gile mak x masak mcm2 sbb x sehat. nasik himpit, buter nako(x tahu org luar panggil mende), lauk pauk mcm2..oh..best duk kt rumah seribu kali ganda sbb buleh makan ape je. kat sini? hem..hari2 ulang lauk sama je.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
ya. hakikat. kita org perempuan kena rajin. :) rajin masuk dapur, rajin mengemas, dan rajin semualah. baru la nanti dpt bina usrah yg sakinah mawaddah wa rohmah. ye eh? hehe.

semua kita sedang belajar menjadi baik. menjadi dewasa. menjadi matang.
dan di celah-celahnya mesti banyak ujian. kerana jalan kpd kebaikan itu bukanlah semuadah lafaz yang lahir di bibir kita. ya. cubalah tanya siapapun. semuanya nak jadi baik. apalagi solehah. semua perempuan ingin menjadi wanita solehah. tapi bagaimana menjadi seorang wanita yg solehah? itu yang perlu kita tahu dan amalkan. susah kan? tapi ganjarannya sangat lumayan.

dan rajin itu salah satu ciri drpd wanita solehah. yosh!! jom rajenkan diri kita.!! hoho. tp susah sngt kan???
Bagaimana menjadi wanita yang solehah?
1)Taat pada Allah dan Rasul
2) Taat kepada suami

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi

Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.




Kasih ku sedari kekurangan diri

Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami




Wanita hiasan dunia

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga




Hanya itu yang ku inginkan

Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya

Akulah hiasan pelamin hidupmu



Andainya tiada jodoh

Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih


Itulah lagu feveret Kak Enid mase dekat IB dulu. Yeh. I miss that time. Rindu banyak. Zaman tu kami semua bahagie je. But. Past is past. Huhu.

Ok. skrg mari kite sama2 bacelah kisah 9 org serikandi ulung ini. Nak jadi hebat 
sepertimana hebatnya mereka kan?? Juga ingin sekali menjadi solehah sepertimana solehahnya mereka. 

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. 

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.





Dan ini pulak kelebihannya jadi wanita solehah.. x rugi her,,mane ade rugi jadi baek..untong bnyk ade laa  :D

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. 
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali. 
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh. 
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.



ini sebahagian je..bnyk lg sbnanye.boleh cari sendiri..

suke dngr lagu wanita..lirik die best..












Thursday 17 October 2013

...................................... :)

Ilyana melipat telekung. Hujung matanya memandang wajah polos Qiesya Humayraa yang sedang lena tidur di atas tilam empuk itu. Bilik yang berhawa dingin seakan mendamaikan lagi tidur anak kecil yang berusia tiga tahun itu.

Qiesya anugerah terindah buatnya. Bukti cintanya bersama bekas suaminya. Ya. Cinta yang diberikan sepenuh hati tapi dikhianati, hampir dua tahun dulu. Dia tidak mahu ingat langsung, tapi bila menatap ke dalam anak mata Qiesya, dia seakan nampak wajah Fariz di situ. Wajah putih bersih yang sangat persis papanya. Barangkali itu hukuman buatnya kerana derhaka kepada ayah dan ibu.

Tapi cinta itu mana mungkin boleh dipaksa. Dia tidak mampu mencintai insan pilihan ayah. Cintanya hanya untuk Fariz. Titik. Sampai dia sanggup dihalau ayah. Semuanya kerana cinta. Ya. Cinta yang dibalas tuba.
Qiesya merengek. Mematikan terus lamunan mamanya. Segera Ilyana bangun. Mendekati katil sebelum menepuk lembut paha Qiesya yang putih melepak. Anak itu terkebil-kebil memandangnya sebelum matanya tertutup kembali. Penat barangkali. Ilyana pantas mengatur langkah ke dapur bila melihat Qiesya sudah lena kembali. Makan malam belum disediakan. Nanti anak kecil itu bangun pasti lapar. Ya. Sejak menjadi ibu, segala benda yang dibuat adalah demi anak yang seorang itu.

Lengan baju disinsing. Dibuka pintu peti sejuk. Dia mengintai apa yang ada. Dah banyak hari dia tidak ke pasaraya. Asyik keluar makan dekat luar aje. Bukan malas tapi rasanya seperti tidak berbaloi nak memasak sungguh-sungguh sekadar untuk makan berdua sahaja. Makan dekat luar lagi senang. Qiesya pun jenis tak kisah. Makan apa sahaja yang terhidang dan tak banyak memilih. Mata Ilyana terhenti bila melihat ayam dan sayur yang masih berbaki di dalam peti sejuk itu.

“Masak ayam la,”

Bisik Ilyana sambil mengeluarkan bahan-bahan tersebut dan dibawa ke sinki. Ayam dikeluarkan dan dibasuh. Sayur dipotong dan diletak tepi dulu. Buat sayur air pon okey. Sepantas boleh dia ingin menyiapkan makan malam. Nanti Qiesya bangun boleh terus makan.
Entahlah. Dia bukannya pandai masak. Tapi, sejak jadi isteri dan ibu, sedaya upaya dia belajar untuk rajin ke dapur. Memasak dan menyediakan apa sahaja untuk diisi ke dalam perut insan-insan yang dia cintai. Dulu Fariz sangat suka bila dia memasak. Katanya sedap. Dia akan senyum sampai telinga bila dipuji begitu. Mana ada isteri yang tidak suka dipuji suami. Tapi, itu dulu. Sekarang dah tak ada saat-saat indah macam tu. Ahh. Ilyana segera meleraikan renungannya. Nanti tak siaplah masak. Keluhnya sambil mencapai periuk dan dia terus leka memasak di dapur.


“Eh?Sayang mama dah bangun dah?”

Ucap Ilyana tersenyum bila melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu. Jam enam setengah petang. Qiesya duduk di atas katil. Tersengih bila melihat wajah cantik mamanya. Ilyana duduk dan mengusap kepala anak comel itu. Allah. Dia sangat rindu pada Fariz Hisyam.

Qiesya merengek. Seakan mahu dimanjakan. Kepalanya dilentokkan ke atas paha mamanya. Lantas Ilyana mengusap penuh kasih rambut kerinting itu. Ya. Dia sayang pada Qiesya lebih daripada dirinya sendiri. Cuma Qiesya hartanya sekarang. Ibu, ayah, adik-adik, semuanya dia telah hilang, kecuali si comel Nur Qiesya Humayraa ini.

“Jom mandi? Nanti kita makan,”

Ucapnya. Qiesya menggeleng tidak mahu. Nak manja-manja la tu. Dia merengek perlahan. Minta diusap-usap lagi. Ilyana senyum. Dia mengangkat tubuh kecil Qiesya dan memeluk erat tubuh kecil itu. Kedua-dua belah pipi Qiesya dikucup geram. Qiesya mengekek ketawa bila mamanya menggeletek pula.

“Dah, jom mandi?”

“Tak nak,”

“Eii, Qiesya dah busuk la sayang. Jom mama mandikan,”

“Tak nak!”

“Mama call papa nak? Mama nak cakap dekat papa yang Qiesya malas mandi?”

Qiesya diam. Dipandang wajah mamanya di depan.

“Nanti kalau malas mandi, papa dah tak nak bawak pergi jalan-jalan,”

Ugut Ilyana sambil membesarkan matanya. Qiesya mencebik manja. Dipeluk mamanya.

“Janganlah bagitahu papa,”

“Dah tu? Jom mandi,”

“Okey!”

Jerit Qiesya. Ilyana senyum. Ditanggalkan baju Qieysa Humayraa dan dipimpin tangan anak itu ke bilik air. Lepas ni boleh la makan. Itu sebahagian daripada peraturan untuk anak kecil itu. Kalau nak makan, kena mandi dulu. Qiesya liat mandi. Tapi sebagai ibu dia kena bijak menyusun strategi. Dia orang dewasa. Tentu tentu dia lagi bijak daripada si kecil yang cilik itu.



“Nenda!”

Jerit Qiesya daripada jauh. Dia melambai-lambaikan tangannya. Tengku Maryam membalas lambaian itu bersama senyum lebar di pipi.

“Hai Qiesya!”

Sapa Kak Suzi, salah seorang daripada pekerja di Perdana Resort. Kak Suzi menghampiri. Ilyana turut tersenyum kepada wanita yang lagi tua lima tahun daripadanya itu.

“Hai aunty! Good morning!”

Balas Qiesya sambil menghulurkan tangannya. Persis orang dewasa lagaknya. Padahal usianya baru tiga tahun. Oleh sebab itu semua orang di sini menyayangi dirinya. Nenda, Aunty Suzi, Aunty Lili, Uncle Sam, dan ramai lagi. Semua menyenagi Qiesya kerana keramahannya.

“Good morning sayang,”

Balas Kak Suzi sambil mencuit dagu Qiesya. Ilyana senyum memandang.

“Okey!Qiesya nak pergi dekat nenda,”

Ucap Qiesya sambil berlari ke arah Tengku Maryam. Lantas dipeluk tubuh itu. Tengku Maryam ketawa gembira. Dikucup pipi anak kecil itu sepuas hatinya. Sudah hamper seminggu dia tidak berjumpa si cilik itu. Tak berapa sihat. Jadinya malas nak mengikut suaminya ke sini.

 “So, how are you today?”

Soal Tengku Maryam. Bulat matanya memandang mata bundar Qiesya.

“Fine! Alhamdulillah! Thank you Allah!”

Ucap Qiesya sambil memandang Tengku Maryam. Tengku Maryam senyum. Alhamdulillah. Anak itu sangat senang diajar. Baru beberapa kali dia mengajar Qiesya untuk menyebut ‘Fine, Alhamdulillah dan Thank You Allah. Sekarang, ia seakan lancar sahaja terlafaz di bibir comel itu. Ilyana menghampiri.

“Bonda,”

Sapa Ilyana sambil tunduk mencium tangan itu. Tengku Maryam senyum. Dipandang Ilyana yang sangat cantik di dalam sut berwarna ungu. Rambutnya disanggul seperti selalu. Matanya bulat. Hidungnya terbentuk cantik dan bibirnya sangat manis tatkala dia tersenyum. Wajah yang putih bersih itu pasti mampu memikat mana-mana lelaki yang memandangnya. Tapi, Ilyana ini wanita yang tak mudah tergoda dengan cinta. Dia kagum melihat kuatnya Nur Ilyana membesarkan Qiesya Humayraa tanpa seoang suami. Walaupun suaminya itu orang berada dan tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, akan tetapi sebagai seorang yang lebih dulu makan asam garam, dia tahu Ilyana mendambakan cinta daripada seorang suami. Bukan tidak ada yang nak, tapi wanita itu yang selalu menolak.

“Kenapa dah tiga hari rasanya tak nampak bonda? Bonda tak sihat ke?”

Soal Ilyana mesra. Tengku Maryam mengulum senyum.

“Iya sayang. Tak larat dua tiga hari ni,”

Ucap wanita itu. Ilyana pandang Tengku Maryam. Ditarik lembut tangan wanita itu.

“Laa. Kenapa bonda tak bagitahu Yana? Kalau tak Yana pergi la jenguk,”

Ucap wanita itu. Memang dia sayangkan Tengku Maryam seperti seorang ibu. Sakit wanita itu adalah sakitnya juga. Bahagia wanita itu juga sebahagian daripada kebahagiaannya.

“Sikit je Yana. Bonda dah okey ni,”


Bisik bonda tersenyum.

Tuesday 15 October 2013

Mahalkan Cintamu

Cinta dan kasih untuk seseorang, kalau boleh kita harapkan ia cuma hadir sekali, dan cuma untuk seorang yang bernama suami, hingga ke hujung nyawa. Tapi. Kalau yang pertama itu tak menyebelahi kita, bererti apa yang dirancang oleh Tuhan itu adalah lebih baik berbanding dengan apa yang kita nak.

"Kita merancang dgn cita2, tapi Allah, Dia merancang bersama cintaNya."

Ya benar. Sebab tu kena tabah. Kita mengharapkan yg baik, Tuhan bagi yang lebih baik untuk kita. Alhamdulillah.

Simpan dulu cinta kita supaya ia jadi mahal. Tangguhkan dulu perasaan itu supaya ia boleh jadi cinta selepas nikah yang sangatlah bess. :)

Sekarang ni bukan masanya nak fikir pasal cinta kahwen semua.hoho. sekarang adalah mase nak persiapkan diri jadi seseorang yg baik. Kalau kita baik, InshaAllah, Tuhan akn bagi jodoh yg baik kepada kita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok..hari ni hari raye korban. aidiladha. bila bngun pagi tadi, hemm..fikir...ni hari raya ke tak sbb sunyi je. hehe.

"besela tu..bila makin besar, makinlah tak rasa raya,"

mak cakap bila aku tanya hari ni sebenarnya hari raya ke tak. :D  \

Tapi. Bila tengok nasik himpit, ketupat, kek, biskut raye ade atas meja, teraselah rayenye. Bila tengok tv crite pasal raye, bertambahlah sikit rase raye tu..

Nak g raye rumah kwn2 n cg2, tp ibah ckp tengok dulu..nilah susah kalu x pandai drive..wuuuuu


Kaklong n femili pon x sampai agy..cepatlah datang kakak!!nak maen ngan adam n adebb neh..


Monday 7 October 2013

Rindu Mimi

Rindu.Amat.Sangat.
Perasaan syg itu kdg2 aneh.padahal di sini ada ramai manusia, tp tidak ada seorangpun di sini yg sama. bukan tidak ada bestfriend, ramai, sangatlah ramai, tapi dalam ramai ramai itu, tidak seorang pun yg sama sepertimana dia.

ipgkdri-ipgkb..tak jauh pon,tp terase sngt jauhnye... jauhnye dia drpd aku. kenapa rindu?bnyk sebab! terlalu bnyk. kawan yg amat hebat. kawan berdugong di asrama dolu2.kawan ponteng..kawan suke,,kawan duke, kwan tengok crite hindustan di dar pada hari sabtu..hahaks..kawan sekatil,serock bebeh,se macam macam lah.

yg sngtlah seronok, time ponteng program.hakhak.time belari g surau ar rayan.kekekek..skrg x de dah nak lari2..xdek dh adek kamilah nk check bilik..ikut panda..nk g g, x sey g pon ikutlah sbb besar dh belaka, buleh fikir doh.

kawan bercerita, kawan yg x siyeh langsung bile aku sakit,nk buh softlan lah,,,nak sakit pon x jadi sakit.hahaha.oh.,,rindunya..kawan g outing dekat pok eng teng, kfc, pizza, mydin , psi...kawan bobek,..kwan  mkn aiskrim d koperasi bila abih kelas,,kak sa!!..kawan beli kepok bila time rehat..


se g..kawan hok same2 dgr cerita antu ustazah maya dlm bilik guru..haha..lawok.."pura2 tidur."
kawan hok badi malas bangun pagi2...oh..kamar syifa''...kawan tarian sufi se lg..haha..

tp dialah kwn hok paleng style, paling slambe, paling rilek bile kene panggil sbb banyok kes.haha..mi.aku rindu mung!!!!!!!!!!!!!!!

dia gile2,,tp dia baik. dan dialah paling paham jiwa. bile aku tengok dia je, dia dah paham apa yg ade dlm hati..bila aku rase nk gelak, dia lebih dulu gelak,..

sini, xde org aku nk ajak ponteng mi. :( sedeh!














Sunday 6 October 2013

special for ayah

orang perempuan kalau malas tu pelik la kan hehe.walaupun saya bukan katogeri rajin,but sometime I have to..sebab i'm d one and only child in da house..redho ajelah..jadi 'anak tunggal' ni banyak masa nya best sangat..sbb?boleh berkepit dgn mak je spnjg hari..boleh makan sukahati..n x perlu share2 kasih sayang dgn org lain..hehe.

tp kawan saya selalu kata,,x best hoo adek bradek sikit..adek bradek ramai best sbb bising..nak2 bila time raya..n indeed!!i have to agree..

sbb time raya, rumah saya x meriah macam org yg sepuluh adik beradik tu..but still,i'm happy with that.huhu.
as long as i have umi n ayah..

n x de adek bradek ni palinglaa tak best bila saat nak kemas rumah,nak buat semua benda.sbb takdenye org nak tolong awak buat itu ini.sampai kadang2,saya rase nak sngt kucing2 dkt rmh tu boleh ikut arahan..arahan yg paling simple pon takpe.tolong ambik itu ini je..but...they can't..because they don't understand my words!!

harini nk share lah resepi gulai lemak sikit.kami panggil gulai kuning je.hu2

bahan2
-bwg merah n putih
-ketumbar
-ikan of kos lah.ikan ape2,tapi ikan besar2 tu lagi best hu.
-kunyit
-garam gula smua tu
-santan
-lada
-asam

cara2
-tumbuk bwg,ktumbar,.kalu tumbuk peh sedap.blend x sedap.skali dgn lada tuh.
-masukkn ikan. n santan skali.
-letak ats dapur.then masukkan bhn2(bwg etc)smua2 tu ..*b4 masukkan, bwg tuh kne cmpur ngn kunyit debu.pastu kacau2 lah sikit biar skata.baru masukkan bhn2 dlm periuk.*
-masukkan asam gelugur.dua tiga dh cukup.jgn bnyk2.
-kacaulah smpai mendidih.
-siap!

senang kan..


wu..sedap..sedap..

oke,,bai.

Zappp

Setiapkali terserempak.dalam hati saya bimbang.risau.malu.seakan bercampur aduk.saya tidak hebat,ustaz.,..itu perkara yg mesti ustaz tahu. dan hari ini, saya tidak mampu mengelak apabila melalui susur yg sama,jd tdk dpt tidak,saya perlu teruskan perjalanan itu walau ia amat sukar...rasa mcm berhenti nafas.ustaz di hadapan.

saya tahu.ustaz akan tanya soalan itu.quran.ya.itulah soalan yg akan ustaz tny setiapkali berjumpa.dan itu yg membuatkn hati sy kecut.
*kan..belum lg disoal Allah*

"quran macamana?"

dah agak!aku malu pada ustaz.ya.kerana tidak tahu bagaimana menyatakan payahnya utk ingt apa yg telah dihafaz. Susahnya cuma org yg melaluinya yg tahu. ya sayang, bila sudah dihafal, tp dilupa. sayang satu.tp yg lebuh lebih teruk lg.dosa.

org yg hafal quran,tp x ingt, dia lah yg akan dihumban ke neraka terlebih dulu.
org yg hafal quran, dan dia ingat, maka dia akan bahagia di sana nanti,

Allah.

"ingt lagi ke tak?"
ustaz tanya lagi...rasanya mcm x tahu nk letak muka dekat mana.

"ke dh lupa semua yg hafal?"

ustaz,kalau ustaz suruh sy ingt..sy juga ingin ingat smua yg dh dihafal..tp sy selalu gagal..


payahnya menjaga quran.
dulu saya hanya mendengar dari ustaz fairuz.masa tu form 1.hanya mendengar.tp tak menghayati sepenuhnya kata2 itu.ustaz sngt marah bila kami x mengulang,,,ustaz sngt tekankan pengulangan, berbanding hafalan.ustaz jaga hafazan kami dgn baik waktu tu..ustaz marah bila kami bermalas-malasan..

'jgn tinggal quran. seperti unta, bila tuannya lepaskan dia, maka dia akan lari. quran lebih drpd itu.kalau kamu tinggal quran, maka quran juga akan lari jauh daripada kamu.'

di sini payah. di sini bukan imtiaz,bukan juga dq, tapi itu bukan alasannya. Ya. Aku tahu.

sahabatku, sibuk bagaimanapun, jgn tinggal quran.bacalah.ingatlah kembali.payah itu betul...tp sekurang-kurangnya kita masih berusaha untuk ingat balik...

kita leka kan dengan dunia..kita ni sibuk sngt kejar banyak benda..samapi lupa semua...sampai dh x ingt nk ulang quran..sampai dh lupa habes apa yg ustaz ustazah pesan dulu..aku juga x terkecuai mcm tu..bila sedar, rasa sedih, tp kenapa sngt payah utk ubah jd manusia yg lebih baik dan istiqamah smpai bila2?

mungkin niat kita silap.kan?

bila macamni.terase sngt rindunya kepada imtiaz.terutama imtiaz besut yg telah bnyk mendidik aku..rindu pd ustazah huda, ustazah yg garang, tp comey itu..rindu semua...terasa betapa nk kembali semula ke zaman tu..zaman dimarah ustaz,,zaman kne berdiri sbb x ingt quran..zaman kena mcm2...pahit dulu,tp sngt manis bila dikenang balik.di sana sngt ramai yg mengingtkn tntg quran, tp di sini, bersendiri..tiada siapa yg nk ingtkan..kecuali ustaz yg satu itu..imtiaz,tempat kami bermula..





bumi imtiaz yg penuh barakah itu.kalau lah aku mampu minta untuk balik semula kepada masa silam,maka aku akan minta,,tp aku tahu,,aku tidak boleh meminta itu.

maka bersyulurlah dgn apa adanya sekarang.belajarlah menjadi dewasa.belajar berdikari.belajar kuat dan belajar utk buat,,walau tiada siapa di sini..ingtkanlah aku bila aku leka.

bila dh hafal quran,jgnlah tinggal..saya masih ingt pesan ustaz faiuz

"rajinlah ulang.jgn jadi mcm saya....susahnya nkingt balik quran ni,"

ya.skrg sy faham..saya juga mengalaminya.moga saya boleh jadi mcm ustaz.boleh ingt kembali..kuncinya hanya satu, rajin. :)


Tuesday 1 October 2013

Bila Dia menyentuh hatimu

Kebanyakan kita, malu berubah. Manusia ni aneh. Termasuk saya. Bila nak buat suatu perubahan kepada kebaikan, kita malu. Kita tidak fikir lain, yang kita fikir hanya satu, bagaimana tanggapan orang lain.

Dulu, sewaktu awal2 ingin bertudung labuh, saya juga malu. Yang saya fikir adalah bagaimana tanggapan keluarga besar saya nanti? Tapi. Percayalah. Bila kita buat sesuatu  lillahi Taala, maka Tuhan akan permudahkan semuanya.

PERSOALAN PERTAMA
BAGAIMANA MAHU BERUBAH?SUSAH.

Ya.Untuk mendapatkan pahala itu memang bukan mudah. Nak masuk syurga Allah yang penuh nikmat tu bukanlah senang. Ia perlukan pengorbanan. Banyak rintangan di tengah-tengahnya. Kata hukama', jalan ke syurga itu penuh dengan duri2 yg tajam.

Tapi, janganlah risau. Inshaa Allah kita mampu. Dan kita kena kuat. Pertama sekali, kita perlu ubah sikit2. xadelah awak nak kena pakai tudung labuh terus. Bukan tidak boleh. Tapi bimbang tak istiqamah nanti. Step pertama, tutup dulu mana yg disyariatkan kpd kita utk ditutupi drpd pandangan ajnabi. Macam tangan dan kaki. Handsock dan stoking tu perkara yg mesti ada bersama seorg muslimah. Tak mahal pun. Dekat kedai dua hinggit pon ade. Kalau nak yg cantik, beli lah yg mahal sikit. Tapi, pada saya cantik atau tak bukan perkaranya, asal saja ia menutup aurat. Cantik itu persoalan kedua.

Kdg2 saya juga terfikir, eh..banyaknya yg kena beli dan tukar macam handsock dan stoking dan mcm2 lagi. Tapi, cuba fikir balik, apalah sangat dengan duit yg kita belanjakan tu jika dibandingkan dengan pahala yg Allah beri utk mereka yg mengikuti syariatNya.

Haa..tutup lah dulu yg tu. Erm satu lagi inner tudung. Muslimah kdg2 terlepas pandang/ ada yg x tahu dengan benda ni. Bila pakai jilbab bulat tu takpe, tapi bila kita pakai tudung bawal labuh tu, sebenarnya, ia jarang dan menampakkan leher kita. Dan...leher tu aurat wanita. Jadi, solusinya, belilah inner tudung. Panasnya pakai ineer. ya.panas. tapi bila dah jadi kebiasaan, dah rasa x panas dan okey je. InshaaAllah. InshaaAllah. Berdoalah supaya Allah selalu bg kemudahan pada kita.







rasa selamat bila kita tutup kaki tangan kita..inshaaAllah..haa..bila awak2 smua dah rasa kuat, maka bolehlah perlahan-labuhkan sikit tudung tu. bukannya perlu pakai yg labuh terus, cukuplah dulu kalau kita mampu labuhkan sikit n paling penting,,tutup dada...xkesah tudung macam mane sekalipun, tudung ariani ke, shawl ke, tudung bawal ke, dua tone, tiga,empat sampai lima tone pon boleh, as long as menepati syarat iaitu x jarang dan menutupi dada ye.











Dan saya sangat suka lihat cara penampilan dua blogger terkenal, Dena Bahrin dan Syifa Hafz. Mereka cantik, dan dalam masa yang sama mereka menjaga cara pemakain mereka.



ok!!dan kalau nak labuh lagi, boleh slow2 pakai jilbab labuh yg macam ustazah fatimah syarha pakai tuh...saya sngt suka ustzah fatimah...dia hebat semua.pemakain hebat. penulisan hebat. dan percakapannya lagi hebat. :)




ingat. tudung labuh bukan penentu baik/mulianya seseorang,
tapi.sekurang-kurangnya dia sudah berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik. dan hidayah, ia tidak akan datang kepada kita sekiranya kita x pernah berusaha kepadanya.

*yang tertutup itu indah*
wallahu a'lam.

















Tuesday 24 September 2013

Uhibbuki, Ummi

"waalaikumussalam,"

Aku jawab panggilan kakak sulung awal pagi, mungkin dalam pukul 8.00 pagi, dekat kelas. Dalam hati usah dicerita. Berdebar hairan panik bercampur baur. Tidak pernah kak long telefon seawal pagi sebegitu. Dlm hati, "mesti ada apa2 berlaku,"

And yes!!Suaranya seakan menangis,
"Ayh tak telefon?'

"Tak. Kenapa?"

"Mak kena stroke."

Rasa macam nerhenti jantung tika itu.

"Mak mana?"
Soalku. Kerana nenek jugak kami panggil 'mak'. Kak Long diam, kemudian aku dengar dia menangis,

"Mak kita laa,"

Ucapnya. Rasa macam gelap tiba2. Masa tu juga air mataku jatuh. Ya. Kerana dia mak. Kerana aku tidak punya sape2 selain mak! Aku takut Allah ambil ibuku.

Macam2 aku fikir. Aku berterima kasih pd kwn2 kelas. Time aku susah, rupanya ramai yg tolong. Ramai yang tenangkan. Itulah, masa susahlah kita kenal siapa kawan kita. Masa balik, bertalu-talu SMS masuk, menyuruh aku bersabar. Meminta aku untuk kuat. Ya! Berkat doa kalian barangkali, Alhamdulillah aku kuat. Tq Qira kerana ada bila aku sangat susah. Qira temankan aku balik hingga Besut.


Bila aku sampai hospital, aku nampak keluarga belah ayah. Keluarga belah mak belum sampai. Mereka jauh di negeri Pahang. Tp mereka bergegas balik bila dapat berita. Semua terkejut, sbb mak tak sakit. Bila mereka sampai(nenek, Che Su, Ayh Su, Long, Kak Na, Che Teh, Ayh Teh, Che Da, Cik Emma, Ummi, Poklan,)haru biru suasana. Semua adik2 mak peluk mak. Mereka menangis, aku nmpak kasih syg yg utuh antara mereka. Dengan aku sekali menangis. Mereka ikhlas.

Adik mak, Che Teh laa yang paling banyak berkorban. Che Teh bersuara, dia nak jg mak. Memandangkan k.long ade dua ank kecil(xleh nk tumpu jg mak) dan aku tngh blajar maka che teh tawarkn diri utk jaga mak. Dia sanggup tinggal kerja dia sekejap utk duduk dgn mak dekat kampung. Aku masa tu , Alhamdulillah. Terharu dengan ketulusan Che Teh.

Che Teh. Adik yang rapat dengan mak. Masa mak x boleh jalan, che teh yang tolong angkat, tolong mandikan,  tolong bawa mak jumpa doktor, tolong carikan tukang urut utk mak

, tolong masak, belikan segalanya. Dia kaya, dan dia baik teramat. Alhamdulillah. Che Teh ikhtiar nak mak pulih.

Dan mak dibawa ke Pahang beberapa minggu lepas tu, sbb che teh dah lama tinggal kerja,..Alhamdulillah, di sana mak dijaga dengan sangat baik. Adik2 mak ramai di sana.

Allah. Terima kasih sbb tidak mengambil ibuku. Kerana aku belum bersedia. Mak saya hebat. Dan saya sayang dia, kdg2 lebih dr diri sendiri.



inilah mak saya. Orang selalu terkejut bila tahu mak adalah mak kami, dan sudah berpangkat nenek.. huhu.


paling kiri ialah mak saya. waktu pernikahan kakak.



mom.thank u 4 being da best mom 4 me.n indeed!i love u!!

bila ckp dengan mak, saya selalu kata,

"mak.doakanlah org ade jodoh dengan si fulan bin fulan. Doa seorg mak kan makbul,"

mak senyum.

"Mak doakan dapat jodoh dengan orang yg terbaik dengan sha. kalau bukan dia pun takpe, asalkan yg terbaik,"

Ya. benar. 


Saturday 21 September 2013

manusia, kalau bergantung kepada manusia, maka dia akan kecewa.
tapi bila manusia bergantung pada Yang Maha Esa, maka manusia tidak akan merasa kecewa, kerana Allah tidak pernah, walau sekali mengecewakan hambaNya.

*Allah. Sungguh berat untuk aku menjadi hambaMu yang baik. Payahnya untuk aku menjadi hamba yang selalu mentaati setiap perintahMu. Aku mengaku bahawa susahnya untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Bukan bermimpi untuk menjadi yang sangat baik, cuma baik. Tapi itupun sudah gagal. Kerana iman manusia itu turun naik.Adakalanya, kita sangat rajin melakukan perkara kebaikan, tetapi pada masa lain pula syaitan hadir membelit seluruh jasad, dan jiwa kita, agar bermalas-malasan.

Hakikatnya kita perlu kuat!
Aku sangat cemburu bila lihat kawan yg istiqamah berbuat kebaikan. Pegang tugas berat dalam usrah, surau, dan setiapmasa pula solat berjamaah, dia selalu sibuk, terkejar-kejar ke sana ke mari untuk kerja2 Islam, bila ada masa je, sempat pula baca Quran, tapi dia masih boleh senyum. sibuk berusrah, tapi kerja akademik tidak diketepikan. Hebat! Dakwah yg utama, pelajaran yg pertama.

Ya Allah. Bawalah aku kepada syurgaMu. Ingatkan aku bila aku leka.Sentuhlah hatiku, bila aku jauh dariMu.

Thursday 19 September 2013

tenkiu mok

"esok balik ke?"
mak bersuara di hujung talian lewat petang tu.
"nak suruh balik ke?"
"nak makan pulut durian balik la."

*senyum...mak nih.durian je modalnya semenjak dua menjak nih.haha.tahu laa musim durian..:)*

esoknya sampai mesej,
"jadi ke balik?"
"rindu ke?"
"sikit."
"sikit malas laa balik,"
"okeylah. P."
"P?"
"Penuh. Rindu penuh."
"Haha,ok!"


balik rumah,
"nak makan pulut ke?"
mak soal. mestilah nak!hehehhh.
mak..sakit2 pun maseh boleh masak utk anak..kan?itulah bagaimana seorg ibu sygkan ank.


thankyou mok..i love u mak!!

tp diyana malu2 dgn kakcha..muehehe..diyana makin comeiii dan gemuk!!

bila malam, dia sibuk lagi di dapur.

"esok kita makan pengat,"mak bersuara. senyum.

"pengat pulak?"

nk bulih ke abih musim dia ni, abis semua pulut pengat makan.huk2.Alhamdulillah :)

Sunday 15 September 2013

daebak

tahniah..tahniah!ahhh!tumpang gembira juge walaupun aku bukanlah peserta. cuma penyokong yang setia di dewan Farabbi dari awal hingga akhir. Alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang Beri. kepada mereka yang berusaha juga.

Mereka di atas, kami yang di bawah pon turut rasa berdebar..hebat..dua2 hebat.. :)
tahniah!!!!!!terbaek arr




sayang..auratmu bukan murah

memerhati.bukan tidak sedih.sedih.tapi itulah manusia.selalu kelu untuk mengatakan yg benar.bukan membiarkan, tapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan.

sayang.
Allah menciptakanmu dengan begitu cantik.lalu, peliharalah kecantikan itu hanya untuk mereka yg halal bagimu.
jangan tertipu dengan kecantika itu sehingga kita buka semuanya untuk tatapan siapa sahaja..walau kita dan dia, tidak pernah kenal sama sekali.

kenapa kita memurahkan sesuatu yang Allah ciptakan 'mahal' untuk kita. auratmu sangat mahal. tidak mampu dibeli dengan wang ringgit sekalipun. tutuplah.

kenapa mahu ikut orang lain? kenapa tidak mahu menjadi yang lain daripada orang lain.

kenapa perlu pakai yang ketat sedang kita boleh aje pilih pakaian yang longgar?kenapa perlu dedahkan rambut, sedang kita memang perlu memilih untuk menutupnya? kenapa bermalas-malasan? sedang kita tahu peritnya azab jika kita tidak menutup aurat.


*nasihat ini bukan cuma untukmu, tapi juga untukku, seorang manusia biasa, yang pasti pernah dan akan berbuat silap. ingatkan aku bila aku leka.*






pssttt......

Hoho...lega rasa hati...assignment tinggal satu je lg...tournament badminton pon dah bereh... :)
haha,tadi dapat nombor tige beregu...habis hilang segala kesedihan sebab kalah minggu lepas.haha..kak long a.k.a tqah nasir!!!thank you so much sebab jadi partner yg kecek banyok n sokmo bg smangat ..haha..x dapat sambut pon maseh wat rilek n ketawa...bila tengok mata kumpulan kami dah beza bnyk dengan seha n nini(geng lawan)..kami kata.."ehhh...dang agy kejar nih."..pastu x leh sambut pulok...pa ceroh ...badminton2..haru hidup ginih!

tp setiap yg bermula akan berakhir.begitulah hidup.hehe.nombor satu dua tiga x penting, yg penting maen tuh..n ukhuwwah tuh..kata seha,"nombor 1 ke nombor berape ke jgn risa,,smua buleh hadioh harge 2 ya."
haha.. :D sabar jelah. sebab ajk hadioh beli hadioh di keda dua ya je blake..kih2

hari ni rasa tenang daripada semalam..semalam ribut buat laporan pbs yg kena anta arinih..smlm jugak gi makan2 rumah Encik Asri. Alhamdulillah. Sedap sngt2 isteri dia masak. Kami panggil Kak Sal. Cantik baik n pandai masak..nak nangis rase mkn smlm sebab pedas amat!ore n.9 memang makan pedas katanya...apepun, tq encik sebab sudi ajak kami. Moga Allah limpahkan rezeki kepada encik dan keluarga. dan semoga diberkati hidupmu. Ameen.

                      harini boleh la senyum panjang sampai mlm..sebab esok cuti...x pyh g kelas...hehehe..

                                  senyumlah.senyumlah.kalau nak org lain pon senyum pada kita...

belajarlah memurahkan senyuman tuh..kalau org senyum pd kita, senyumlah balik..kalo nak bagus lagi, kita senyum dulu..x kena bayar pon op kalu senyum....

:)




Saturday 14 September 2013

Badminton lagi..

Lawan lagi petang ni...main, itu kelemahan yang menakutkan sejak kecik...bila sebut main, orang pertama yang ketawa, ialah mak. sebab dia tahu aku tak pandai main.heh!

bila sebut main jugak,mak mesti ingat zaman kecilku..hari sukan sekolah masa tu, mak pergilah tengok aku lari 4x100...selok dio suko..sebabnya,,kelakar!!haha..mok!!!

sukan bukan jiwa aku..tapi di IPG ni, sukan itu adalah sebahagian daripada kami..nasib baik lah sem ni x de subjek PJ.haha.kalau tak, tak tahulah..

ok.petang ni aku lawan badminton lagi. beregu. yang single hari tu kalah bohh! harapnya kali ini x lah kalah macam arituh..kekeke..

doakanlah aku...aku memang x reti maen dah kena main nak buat cemano lagi..redho jelah dik..

Friday 13 September 2013

blessed jumaat

assalamualaikum.

hari ni hari jumaat..so,dah habes baca al-kahfi ke belum??*ha..jwb dlm hati ye..*kalau x baca lagi, pergi baca kejap..kalau tak habis lagi, habiskan dulu ye...memang surah al-kahfi ni panjang,(110 ayat) tapi...jika kita biasakan bacanya(bermula daripada waktu maghrib hari Khamis hingga Solat Jumaat),  kita akan rasa mudah je,,bagaimana mudahnya kita baca Yaasin..kan?

yuk!tingkatkan amal baik kita...ajak family baca skali..maybe ade di antara ahli keluarga kita yang taktahu pun pasal surah ni, atau diri kita sendiri yang taktahu pon apa die fadhilat(kelebihan) baca surah ni?kan?

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” 

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” 

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.


----------------------------------------------------------------------------------------------




ok.sekarang saya nak cerita pasal matlamat hidup..tadi lepas zohor, adelah kawan saya ni ckp pasal matlamat hidup kita ni..bila ditanya pada semua yang ade di situ, kebanyakannya jawab,,matlamat hidup ialah mardhotillah..ya,,semua manusia nak capai redha Allah...tapi sejauhmana usaha dalam mencapai redha Allah..kdg2 kita manusia ni tahu cakap aje, tapi tak buat pun kan...cakap je nak redha redha redha,,tapi kita x berusaha dlm mencapai matlamat hidup yg satu tu..

jgn jadi macam angan2 mat jenin sudah..


ok..dalam nak mencapai redha Allah ni sebenarnya, kita kena perincikan lagi,,apadia yang kita nak buat untuk capai redha Allah. Contohnya, sebagai anak..dalam konsep anak, kita nak jadi anak yang terbaik dalam keluarga.anak solehah, anak yang patuh, anak yang lembut, anak yang selalu berlapang dada, anak yang berjaya,...macam2..so,,kita nak jadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa tu untuk capai redhaNya...


macam tulah.jadinya dalam buat apa2,,kita kena fikir,,ianya adalah untuk mencapai redho Allah..dan kita kena fikir sekali apa usaha kita dalam mencapai redha Allah.. :) 


kwn saya cakap lagi..kdg2 kita ni selalu ade perancangan hidup semata2..contohnya upsr aku nk dapat 5A, PMR 8A, SPM 10 A.,;lepastu aku nk masuk university n then kawen..pastu nak dapat pasangan yg macamtu macamni..


tapi..kita x de buat perancangan untuk kematian kita..sedangkan kita dinilai dengan 'bagaimana pengakhiran kita,'.. Bukannya x boleh buat perancangan dunia, tapi kena ingat akhirat tu lah yang utama. Tapi, jangan sampai tinggalkan dunia.


jadinya, setiapkali lepas solat je, dalam doa kita, jgn lupa doakan yg baik2 utk pengakhiran kita..doa untuk mati dalam keadaan yang elok..


"Allahummakhtimlana bihusnil khatimah, wala takhtim alaina Ya Allahu bisuil khatimah,"


maksudnya, Ya Allah, matikanlah aku dlm keadaan yg baik, dan jangan Kau(Ya Allah) matikan aku dalam keadaan yg buruk.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Sarah(kwn saya) pon menambah, dia bercerita tentang  cerita yg ustaz Khairi(penceramah hebat berasal dr Perak) ceritakan, berkenaan sepasang suami isteri yang pergi mengerjakan haji di Makkah. Si suami ni dah tua,(lebih kurang umur 70thn)..si suami ni selalu lah berdoa pada Allah, supaya dia dimatikan di tanah suci. Setiapkali lepas dia beribadah, dia akan doa..doa..dan doa..


dan setiapkali doa, si suami ni akan nangis aje..


satu hari ustaz ni tanya lah, kenapa pakcik doa untuk mati dekat Tanah Suci ni? dan pakcik tu jwab memang pakcik nak mati dekat tanah suci ni..

bila dengar macam tu, ustaz pun aminkan sekali doa tu.

satu hari, lepas selesai towaf, mereka ni pon pergilah thallul...lepas tahallul tu, ustaz tu pon bacalah doa, "Ya Allah!!Kau gugurkanlah dosa2 kami sebagaimana gugurnya rambut2 ini" maka ahli jamaah pon nangis sebab sebak dengar doa yg dibaca oleh ustaz tu...selalunya di sana, bila seorg jemaah menangis, seluruh jemaah akan turut sama menangis. begitulah hebatnya bumi barakah itu.


dipendekkan cerita, lepas tu ahli jemaah diminta berkumpul lah dekat bawah, ustaz tunggu dekat bawah, dan tiba2 pakcik tu terjatuh dalam pangkuan ustaz tu..dan meninggal..doa pakcik tu selama ni dimakbulkan. Dia mati di Tanah Suci, dalam keadaan berihram, dan dalam keadaan berwudhu'.


si isteri ni menangis lah. ustaz tu pun cakap jangan lah menangis, arwah suami kamu dah dapat apa yang dia nak sangat selama ni. dan kamu patutnya gembira sebab dia akan disembahyangkan olh berjuta org jemaah di sini. Alhamdulillah, untung kan pakcik tu.


lepas beberapa hari,ustaz tu jumpa semula isteri arwah, masa tu isteri arwah dah tak sedih,malah tersenyum gembira. ustaz tanya, kenapa nampak bahagia kali ni? isteri arwah cakap,s emalam dia mimpi arwah suaminya tersenyum di satu taman yang sangat cantik.dan dia rasa suaminya sudah bahagia di syurga. Alhamdulillah.


----------------------------------------------------------------------------------------------

untung pakcik tu.macam tu laa..kalau kita bersungguh2 dalam mencapai matlamat(selalu berdoa), insyaAllah, Allah akan kabulkan permintaan kita tu..

Ameen.