Monday 21 July 2014

Usai solat maghrib di Masjid Wakaf Tembesu. Telekung dilipat. Sambil2 memerhati kiri dan kanan. Mencari kelibat tiga lagi sahabat. Segera aku bangun. Ingin cpt2 pulang ke maktab.

"Ibu!"

Suara kecil itu memanggil. Aku menoleh. Si kecil yang berambut ikal itu memanggil ibunya yang sedang solat. Bibirku senyum. Comel. 

Ya. Suatu hari nanti. Impian setiap hawa adalah untuk menjadi ibu. Kerana gelaran itu adalah anugerah yang tersangat indah. Apalagi kalau anak-anak itu adalah anak-anak yang soleh-solehah. Kata orang, Qurratu A'yun. Maka bahagianya pasti lagi besar bila punya anak yang baik.

Hakikatnya. Anak yang baik itu adalah daripada ibu yang baik. Anak yang menjaga solat adalah daripada ibu yang menjaga solat. Anak yang rajin berpuasa adalah daripada ibu yang rajin berpuasa. Anak yang mendengar kata juga adalah hasil daripada tarbiyyah seorang ibu yang sangat mendengar kata. 

Tadi, sewaktu ifthor bersama di Giant, aku perhati seorang kakak yang duduk di hadapan meja kami. Mereka berbuka sekeluarga. Aku lihat dia cuma makan sedikit amat setelah mendengar azan berkumandang. Selebihnya dia banyak melayan anak-anaknya yang masih kecil. Yang bongsu di pangkuannya. Bila si kakak menangis tak lama selepas tu, maka ibu itu juga yang memujuk dan mendukung. Dua orang anaknya lagi lebih kurang usianya 5-7 tahun, masing-masing berbahagia dengan hidangan masing-masing.

Dalam hati aku terdetik. Hebatnya ibu. Apapun dia korbankan demi anak. Hatta makan pun dia kemudiankan. Padahal dia juga seharian berpuasa. Bukan cuma puasa, malah bekerja, membuat segala macam kerja rumah yang tak pernah henti walaupun di bulan puasa. 


Barangkali dia kenyang dengan suapan yang sedikit tadi, kerana adanya keberkatan dari Tuhan. Tuhan memberkati suapan yang sedikit itu. 


Alhamdulillah. Teringat emak di rumah. Malah semua emak di dalam dunia ini punya perasaan yang serupa. Perasaan kasih yang tak ada tolak bandingnya pada anak-anak.


Kita, entahkan mampu atau tidak untuk menjadi ummi sehebat mereka. Ummi yang mampu menunjukkan qudwah hasanah pada anak-anak atau sebaliknya?


Jawapan ada pada kita. Bagaimana kita sekarang?


Cubalah lihat. Kalau hari ini. Tak perlu merancang lebih bagaimana kita akan buat pada anak. Bagaimana kita akan menjadi ibu cemerlang suatu hari nanti..

Tapi hakikatnya, bagaimana kita menyususn kehidupan kita pada hari ini, begitulah kehidupan kita pada masa yang akan datang.


Kata banyak orang, mulakan sekarang.
Kalau nak buat baik, sekarang.
Kalau nak berubah, sekarang.


Tak perlu tunggu.
Bila dah ada anak.
Atau.
Bila dah jadi isteri orang.

Tepuk dada, tanya, kita bagaimana?





Friday 11 July 2014

Duit oh duit

Kalau nak dihitung duit, memang takkan pernah cukup untuk perbelanjaan hidup dan kehendak yang macam-macam. Fikirkan duit, memang letih dan memenatkan minda. Itu sebab aku ni tak suka buat perancangan perbelanjaan satu sem. Wahaha.

Tapi susah laa bila tak buat perancangan ni. Duit akan laju je keluar tanpa masuk. Hehe. Dan di akhir sem akan terdiam bila duit makin licin. Hakhak. Itulah lumrah hidup. Nak berniaga? Entahlah tiada minat di situ. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang rata2nya berniaga, tapi aku tidak. Mungkin minat itu tidak ada sekarang, akan datang siapa yang tahu kan?

Tapi, kita kena selalu ingatkan diri, dalam rezeki kita itu, ada rezeki orang lain juga. Ada rezeki ibu bapa kita. Ahli keluarga kita yang lain ataupun utk org2 lain, walaupun kita tak kenal orang tu.

Walaupun kita bagi tu tidak banyak, itu semua tidak penting, yang penting ingatan kita.

Jangan khuatir dengan rezeki Tuhan.
Rezeki Tuhan yang bagi.
Bukan ukuranyya banyak atau sedikit.
Tapi sejauhmana keberkatan itu.

Kita kena yakin, rezeki tu Allah yang bagi. Kadang-kadang rezeki itu datang tanpa kita sedar.




Jangan risau soal rezeki. Yang penting kita usaha mencarinya.




Tak rugi pun kita memberi, untung lagi ada. Siapa tahu dengan memberi itu, Allah lipatgandakan lagi rezeki kita? Allah. Sedikit tidak mengapa, asal saja kita ikhlas, itu sudah lebih dari cukup. Terutama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. SubhanAllah. 











Sunday 6 July 2014

ya Allah. Ajarkan aku untuk redha. Ya Allah. Ajarkan aku untuk sabar. Ya Allah. Ajarkan aku untuk berlapang dada. Siapa kita untuk mudah tersinggung. Sedangkan kita sendiri kadangkala kurang menjaga hati dan perasaan orang lain. Penawar bagi hati yang sakit itu bukan benci, dendam atau apapun yang mazmumah, tapi penawarnya adalah sifat mahmudah yang selalu menenangkan.


Kadang kita tertanya-tanya, kenapa orang lain suka membuat kita sangat tersinggung? Tapi pernahkah kita kira berapa kali dalam sehari kita menyinggung perasaan orang lain. Sakit bila kita tersinggung dengan orang yang dekat dengan kita, apalagi kita perlu brhadapan dengannya setiaphari.


Tuhan.
Kerana engkau satu-satunya yang mampu memberikan ketenangan, maka campakkanlah rasa itu ke dalam diriku.

Kadang-kadang, kesakitan itulah yang menyebabkan kita banyak berfikir tentang diri kita. 

Thursday 12 June 2014

Cinta takkan kenal paras rupa. Takkan kenal siapa dia, siapa keturunnnya. Kaya atau miskinnya dia. Kerana cinta itu lahir dari hati.

 Hati yang tak pernah memilih kepada siapa dia akan jatuh cinta.Walau dia tidak berharta, kalau dah namanya cinta, tetap cinta takkan berubah. Yang penting punya agama yang utuh untuk membimbing kita ke syurga Allah. Mudah-mudahan cinta kita pada insan yang halal suatu hari nanti merupakan antara penyebab yang membawa kita ke syurga.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa, saya duduk di kedai ayah lepas bereskan semua kerja. Memerhati alam. Memerhati sekeliling. Semua orang sibuk. Kereta tetap meluncur laju walaupun hari ini hari Jumaat. Ya. Sayyidul ayyam.

Tadi. Saya memerhati seorang budak. Pangkat adik lah. Dia budak yg nakal di sini. Dan saya, cukup tidak suka pada sifatnya. Tapi hari ini lain. Saya perhatikan dia. Dia sibuk memerhati kiri kanan untuk melintas jalan besar di hadapan ni.

"Gi la tolong ambik,"

Ayat yang terpacul keluar dari mulut kawannya, Daniel. Saya senyum bila melihat ada org tua di seberang jalan. Seliparnya tercicir di tengah jalan. Dia ingin mengambil seliparnya smule tp sebab jalan sngt sibuk pg tadi, dia cuma mampu tunggu dari jauh. Dan budak itu yg membantu. Dia ambil dan bgi smula pada orang tua tu.


Saya senyum. Dalam nakalnya, masih ada sifat yg mulia itu. Jangan mudah judge orang suka hati kita bila kita lihat dia buat silap. Dalam silap, masih ada sifat mulia sebagai seorang manusia. 


Hehe. Okey. Bye.


Sunday 8 June 2014

Yang Penting Kaya Jiwa :)

Assalamualaikum.

Seperti biasa. Aku jaga kedai ayah. Tersenyum melihat si kecil itu mengutip sampah sarap tinggalan peniaga pasar tani. Sampah sarap yang tadinya bnyk dan menyerabutkan mata dikutip satu persatu. Ya. Itu kerjanya setiap kali hari sabtu. Itu barangkali antara punca rezeki dia dan keluarga.


Apa yang aku tahu, aku kagum dengan semangatnya untuk hidup. Walaupun susah. Walaupun banyak cabaran. Wajahnya masih mampu tersenyum. Kerana senyuman itulah yang menguatkan dirinya sendiri dan insan lain yang memandang.

Adik. Awak memang tidak kaya harta, tapi kaya jiwa. Jiwa awak kuat dan kental. Tidak mengeluh malah selalu saja semangat meneruskan hidup. Tidak kaya harta tidak mengapa, asal saja kita kaya budi. Kita akan bahagia selagimana kita tak buat jahat pada orang.


Nah. Dia susah tapi tetap bersyukur. Kerjanya mungkin tidak agung di mata manusia tapi bukankah itu mulia di mata pencipta. ?

Semoga Allah memberi kemudahan pada dia.



Nah. Kita ini? Kurang sikit sudah mengeluh. Susah sikit sudah bertanya apakah Tuhan tidak sayang kita? Sedangkan Allah itu, dia sayang pada semua hambaNya.


Kita lah yang tak sayang pada diri. Sebab dah diberi peluang untuk hidup. Tapi tak guna peluang. Dah diberi peluang buat kebaikan tapi tolak. Dah diberi peluang untuk berubah. Tapi selalu menanti saat paling sesuai yang entah bila.


Barangkali ajal yg lebih dulu menjemput kita.


Adik tu ilek je . Buat muka bahagia je. Dalam hati dia tak ada siapa tahu. Kalaupun dia sedih, tak ada siapa tahu.

Salute u adik. :)




Saturday 7 June 2014

assalamualaikum. sehat

sekarang ni kami budak2 ipg cutiiii. bahagia laa kan. sape x hepi cuti... ingt budak2 skolah je hepi? haha. balik rumah. tbe2 kawan aku mintak pegi kursus di port dickson. hehhh?? kursus pembinaan pasukan. ala2 kepimpinan gitu lah. mula2 setuju la sebab ingtkan mcm kem2 biasa aku ge sebab aku x tanya pun awal2 tu kursus apa. senget sunggoh.. tapi bila dpt tahu ni kem belia. sedeh aku rasa. sebab? aku x suka!


tapi redho ajelah. nama dah diberi. harus bagaimana lagi kan? pergi ajelah. kata mak. sapa suruh bagi nama x tanya dulu program mende. nasiblah.

ya. nasib yang tak selalunya menyebelahi kita. ini takdir. hatiku menjerit tak mahu. hahaha. tapi apakan daya? x bpleh cancel. haha.


pergilah. pergi je. naiklah bas tuh pergi n.9.. ohh. rupanya kami satu bas wakil zon timur. dan dalam bas tu aku x kenal siapa pon kecuali kawan aku tu lah. buat la muka mcm "eh? aku nak gi mano nih?" haha. bising dalam bas hinggalah smpai pd. pening dgn ragam ramai org. siap ada jd dj dlm bas. hehhh?

kem empat hari. okeylah bagi aku. seronok. tula. jgn takut buat bnda yg kita x suka. banyak yg dapat termasuklah demam seminggu bila balik. haha.


dan sekarang ni. aku bosann. inilah nasib bila xde adik oiii.


lagi enam hari besday adam. huii. share bulan yang sama dengan aku. dan syukranlah kpd kakak(ibu adam) sbb bg hadiah baju raya. kan untong tu kalau besday dkt2 puasa n raya ni. hahaha. tapi bila mintak hadiah besday dgn ayah ini jawapannya.


"nantila ayh bg,"


okey. bila tu? haha.


selamat menjadi budak matang anak saudaraku. tapi dia memang berdisiplin, teliti rajin dan seribukali lagi bagus dari aku. walaupun umur baru nak masok tiga tahun. hahaha.

pernah sekali aku cari sesuatu, x jumpa dan dia datang,

"Cu! " (sambil tunjuk barang itu.)

haha. i lap u !


dah. lainkali lah pulok. zohor sudah masuk. ayuh kita solat. :)


Monday 31 March 2014

Nasyeed Nasyeed.. ;)

Nasyid.


Kesukaan dari kecik sampailah besar sekarang nih. Kalau dgr je nasyid tak kiralah dekat mana pun, mulut mesti akan terikut nyanyi sama(slow2 je). Kalau suka satu2 lagu2 tu, mesti akan dengar, ulang2 banyak kali, siap tngok dan hafal lirik skali. Ok. Sampailah dah boring, baru brhenti.


Baru2 ni, tbe2 terjatuh hati dgn lagu 'AHLAN BINA'. Sebenarnye lagu ni dah lama sgt dh. Sejak zaman skolah dulu lg. Mesti awak2 smua pun selalu je dgr. Best. Dan carilah liriknya smlm. Siap hafal dh. Dulu, lagu ahlan bina ni nyanyi ikut sedap rasa je. Huuu. Tapi skrg aku dh ikut liriknya yg sebenar. kih2. Mase rase serabut sikit, kalau dgr lagu ahlan bina mesti bahagia n hepi. Eheh. Ni sy share liriknya,.


أَهْلاً بِنَاا

أَهْلاً بِنَا بِتَةِ البِلاَدِ وَمَرْهَباً
جَدَدْتُمُ الْعَهْدِ الَّذِي قَدْ أَخْلَقَى
لاَ تَيْئَسُوا أَنْ تَسْتَرِدُّو مَجْدَكُمْ
فَلاَ رُبَّ مَغْلُبٍ هَوَاء ثُمَّ ارْتَقَى

مَدَدْ لَهُ الأَمَّالُ فِي أَفْلَكِهَا
خَيطُ الرَّجَاءِ إِلَى الْعُلاَ فَتَسَلَّقَا
فَتَجَسَّمُوا لِلْمَجْدِ كُلِّ عَظِيمَةٍ
إِنِّيْ رَأَيْتُ الْمَجْدُ صَعْبَ المُرْتَقَى

أَهْلاً بِنَا بِتَةِ البِلاَدِ وَمَرْهَباً
جَدَدْتُمُ الْعَهْدِ الَّذِي قَدْ أَخْلَقَى
لاَ تَيْئَسُوا أَنْ تَسْتَرِدُّو مَجْدَكُمْ
فَلاَ رُبَّ مَغْلُبٍ هَوَاء ثُمَّ ارْتَقَى

يَا رَسُولَ الله، يَا حَبِيبَ الله، x4

شَامَائِلُهُ مَعَ النَّسِيمِ الصِّبَى
بِأَلْطَفَ مِنْهَا وَزَهْرِ الرِّبَى
كَسَابَ المَحَامِدَ مُنْذُ الصِّبَى
وَعَارَّهُ مِنْ عَارٍ كُلِّ الْمَزَام

يَا رَسُولَ الله، يَا حَبِيبَ الله، x4
 



boleh la bukak youtube n dengar, kalau ade sapa yg x tahu lgu ni . bila dgr lagu ni, mesti akn rindu pd zaman sekolah. ya. zaman sekolah yg dipenuhi dgn nasyid2 mcm ni. rindu team nasyid skolah mngh dulu. kalau ada pertandingan, mesti akn ade lagu ahlan bina ni. tapi dulu x jatuh hati lg ngan lagu ni, dgr2 je n sbb tu nyanyi ikut sedap mulut je mase tu. Bila dah suka ni baru sebokk cari lirik. Hoho.


best skali msuk nasyid sbb buleh ponteng kelas. Hoho. Memang suka la kalau x pyh masuk kelas ni. Haks.


 *Selalu rindukan saat itu.*

 Okehh. Slmt mendengar yooo. Ambe nk smbung buat esaimen pulop. Moga hari ni lagi baik dari semalam. ;)

Friday 28 March 2014

Hiduplah Ber'tuhan'

Untuk apa kau hidup?

biasakan soalan tu? selalu je dgr. dan jawapan dia dah ada dalam dada. dah disusun rapi dah. dan dah ada skema jawapan dah pun. kalau org tanya pun takde masalah nak jawab.

hehe. tenung diri.

jawab tu senang, praktikkan tu yg payah. yelah. praktikkan apa yg dicakapkan tu. Hidup utk:

----cari redha Allah----------

Itu soalan yg selalu kita dgr, kan? tapi cuba renung balik, adakah kehidupan kita sehari-hari mendapat keredhaan Allah, atau sebaliknya?

Lihatlah dari kita bangun pagi, sampai ke kita nak tidur semula, apa je yg kita buat? Hari2 ulang bnda sama? Atau hari2 buat dosa sama? Eheh? Garu kepala. Aku ke tu?

Kalau hari2 bngun pg, mandi, makan, cakap2, tngok tv, makan balik, main hnset, dgr lgu, ......bla bla bla...

adakah cuma setakat itu? 

bila nak berubah.

"Nantilah,"

Hati kita jawab mcm tu, kan? Betol tak? 

"Tunggulah dulu,"

Lagi hati bercakap.


Dahtu? Bila nak cari redha Allah. Senyum. Tepuk dada tanya iman. Wassalam. ;)

Wednesday 19 March 2014

Alahai budak2

"Ustazah. Haikal cakap dia suka dekat saya,"

"Ha'ah ustazah. Haikal cakap I love u dekat Fatin,"

"Mana ada. Haritu suka, harini dah tak!"

Haiqal. Si budak super dupper aktif, bnyk cakap, bnyk menjawab, banyak mencelah. Tapi pandai. Bila ustazah cakap, ada je dia nak sambung. Ponek mak. .


Harini masuk kelas 2 Tekun. Kelas Haikal. Dah dua kali masuk kelas yg sama. Tapi x mengajar, cuma tengok Ustazah Saridah mengajar. Sem ni takde kena mengajar pon. Cuma interview dan buat kajian sikit pasal e.d.u. Bila sampai di sekolah ni hari Isnin rituh,

"Dari mana?"
"Terengganu."
"La. Kenapa jauh sangat buat sampai dekat sini?"
"Abang dia, ngajar dekat sekolah cina depan tu."

Penat ulang jawapan sama spnjg hari. Sebab soalannya sama. Hehe. Sebetulnya saja ke sini. Sebab x pernah buat dekat bandar. PBS pertama di kampung, kedua di pedalaman Kedah, dan kali ni di kota raya Kuala Lumpur. Yg ke 4? -,-




Tuesday 11 March 2014

Mestikah SEMPURNA ??

Bila baca mesej drpd satu nombor ptg tu, yang menyatakan bahawa saya terpilih utk jadi naqibah, jiwa sy jd sebu. Taktahu nak cakap apa. Saya mengeluh dalam hati. Kenapa saya ? Sedangkan saya memang taknak. Saya kurang ilmu. Jadi bagaimana saya nak sampaikan ilmu pd org lain pula.?

Datang sini awl sem dulu, jiwa saya semangat. Untuk join usrah. Ya. Saya nak usrah. Tapi bukan nk jd naqibah. Sebetulnya, saya rasa sngt tak mampu. Saya ni ilmu secoet sahaja. Sikit. Saya nak join usrah dulu, sebab nak baiki diri. Nak jadi lagi baik. Dan saya ada tny kwn saya. N tiba2 kwn sorang ni dtg, bagi tazkirah sikit. Ya. Sedarkan saya. Soalannya mudah. Untuk apa saya hidup?

Saya senyum je dengar dia cakap. Kdg2 saya tanya. Kadang2 saya suarakan apa yg saya rasa. Kdg2 saya diam dan mendengar. Lama jugak. Lepastu, saya mula berfikir. Tapi, saya memang tak sedia.

Bila dapat mesej, saya pun pening. Nak ke tidak.

PERSOALAN PERTAMA.

Mestikah SEMPURNA?

Senyum. Saya yakin awk2 pun dah jwb mcm ni dalam hati,
"Nak tunggu sempurna sampai bila la x buat,"

Kan?
Cakap mudah. Yang payahnya nak buat tu.


Sambung lain kali okeyy.

Thursday 20 February 2014

Nikmat Bahagia

Assalamualaikum.

Dah lama benar rasanya tak update blog ni. Sibuk, dan sebenarnya tak rajin sngt. Ceritanya banyak utk dikongsi. Tapi tak tertulis. Terasa tangan ni macam nak bergerak-gerak menari atas keyboard mcm selalu, tapi itulah, bila malas, semua benda tak jadi.

Start sem baru, dah dua bulan lepas. Nak masuk tiga bulan dah pun. 
Seronok ke? Alhamdulillah. Saya bahagia di sini. Dengan gelak tawa, ceria, macam2 cerita, tapi adakalanya menangis jugak. Iye. Hakikat hidup. Bukan setiapmasa indah. 

Sekarang. Kami satu kelas agak sibuk. Bina Insan Guru(BIG) lagi lima hari. Ye. Saya doa dan harap sngt2 supaya BIG kali ni berjalan dengan lancar, mudah dan tersusun. 

Kedua, Choral Speaking, lagi seminggu. Ya. Saya suka dan minat choral speaking. Sangat. 

Oh ye. Minggu lepas kami satu kelas pergi jaulah ke negeri serambi Makkah. Alhamdulillah. Best sngt. Semuanya dipermudahkan. Makan pun Alhamdulillah. Tidur pun lena je dkt rumah Qira. Jalan2 dekat Rantau Panjang memang best. Tapi tuler, sekejap sngt masa. Tak cukup kami prmpuan2 ni nak shopping. Masa tak mengizinkan. Tapi takpe, sekurang2 nya dpt laa jugak shopping kn. Huhu.

Dan..Selasa lepas, Ustazah Fatimah Syarha datang ke IPG kami. Bahagia amat. Saya dah lama sngt nk jumpa Ustazah depan2. Saya minat dia. Suka dengar kelembutan dia dalam berbicara.

Malam tu tajuknye AKU ADA WALI.

Best!!

Lainkali dtg lagi ea Ustazah! Ustazah cantik sngt. Doakan sy jd muslimah solehah mcm ustazah. :)


Tu je kot dulu. Nanti kita smbung yeppp.

Saturday 25 January 2014

Berlapang dada, manis kan?

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Jumaat nan indah. dua hari lepas. terisi. tak kosong dan penuh dengan rasa kasih pada sahabat. Ya. Saya bersyukur kerana ditakdirkan berada di sini, bersama mereka, yang semuanya saya kasihi, kerana Allah. Usrah pagi tu memang best. sebenarnya dari awal saya dah tahu siapa ustazah Z. Sebab saya yang mencadangkan pada teman sekelas, Farhah, untuk suruh ustzh Z bg tazkirah pagi tu. Huhu.

Sebetulnya, Ustazah Z tu kawan saya. Kawan sekelas. Dan pernah jadi deskmate dulu. Saya ni bukanlah sehebat kawan saya ni. Saya ambik course agama, tapi saya sebenarnya kurang ilmu agama. Dan tak lah baik sangat. Kawan saya ni nama di Sya. Orangnya kecik. Tak banyak cakap. Tapi ilmunya tinggi plus solehah. Jujur cakap, untung siapa yang dapat Sya ni. Bila saya tengok cara Sya cakap, saya macam nampak seorang Fatimah Syarha sedang bercakap.

Hehe. Tapi pagi tu bila kawan2 saya yang lain kalut tanya siapa ustazah Z, saya buat gaye mcm x tahu. Haha. Dengan aku sekali buat muka macam 'eh, sape ustazah Z ni?' . Padahal dah tahu.

Haritu, kami bincang pasal isu nikah kahwin. Sebenarnya banyak yang saya dapat. Bukan je daripada Ustazah Z, tapi daripada yg lain juga yg menyuarakan pendapat masing2.