Tuesday 6 June 2017

Posting

Terkelu aku petang tu bila check result, sekitar jam 6 petang. Nak check tu pun dah nervous. Tapi bila masuk whatsapp bertubi-tubi di grup2 dengan update tempat posting masing-masing, aku check sama lah.

'Anda ditempatkan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.'

Macam nak gugur jantung ni. Tak pernah sangka. Tapi apapun, kata mak, kalau dah rezekiku di situ, redhalah. Allah beri yang terbaik untuk hambNya, InsyaAllah.

Berapa hari aku tak selera makan sebab kena posting KL. Hahahaha. Yelah. Memang betul-betul tak sangka. Apapun, syukur. Lalu sajalah. Nanti kita akan jumpa suka tu di mana. Kan Allah dah cakap, dalam tiap-tiap kesusahan, Allah bagi kemudahan.

Alhamdulillah.
Allah lebih tahu segalanya.

Sehari sebelum dipostingkan, kami dah boleh check sekolah masing-masing. Ni satu hal lagi buat jiwa aku nebes. Haha. Tapi Alhamdulillah. Allah beri yang terbaik buat kita dan Dia tahu kita mampu.

Bila tau sekolah tu semuanya lelaki.
Termenung jap.
Haha.
Macamana la aku nak kawal budak-budak laki semua weh.
Bayangan tu macam2 lah.
Yela kita belum lalu.
Budak laki...tau la tahap nakal depa tu macamana.
Takpe...kita tengok dulu macamana nanti.

Tapi setakat ni,
Alhamdulillah.
Nakal tu biasalah bdk2.
Kita dulu pun nakal juga.
Nakal macamana pun, mereka masih hormat.
Dan masih faham bila kita tegur.
Kira okeylah.

Bila tau cerita mereka2 ni dari akak2,
Sebak pun ada.
Baru tau syukur nya Allah beri kita banyak nikmat.
Semoga terus jadi anak murid ustazah yang baik. !!!



Tuesday 3 January 2017

Erti Syukur

Syukur itu bahagia.
Kita ni kalo asyek nak bandingkan apa kita ada dengan apa orang lain ada, sampai ke sudah la tak habis dan semua benda tak jadi. 

"Lawanya dia. untunglaa lawa"

"Best la dia ada mak ayah kaya mintak apa mesti dapat"

"Besar gile rumah dia, macam istana. bestnyaaa"

"Tak aci la dia kawen awal. "


Jadilah kita manusia yang tidak bersyukur. sebenarnya Allah bagi apa yang kita perlu. 


Bersyukur sebenarnya membawa bahagia.


Ada orang, takde rumah besar pon, hidup seadanya, keje pagi untuk makan pagi, keje petang untuk makan petang, kereta takde hujan panas pon moto tu jelah ada...tetap bahagia.


Apa rahsia dia?


Yang tu kita kena fikir. 


Kadang yang kaya raya banyak masalah pula yang timbul. 


Yang penting kaya atau miskin, cantik atau tidak, punya rumah besar atau kecil, kita tetap bahagia kalau kita pandai hargai apa yang kita ada.


Rezeki tiap manusia tu tak sama.


Ada orang rezeki dia anak ramai.

Ada orang pula rezeki dia dapat kerja best2.

Ada orang rezeki dia kawen muda.

Ada yang Allah bagi rezeki sihat.

Ada yabg lainnya direzekikan memiliki keluarga bahagia.


Semua yang Allah bagi tu sebenarnya kebahagiaan kalau kita reti bersyukur dan guna nikmat pada jalan yang betul.


Belajar la bersyukur dengan apa yang kita ada.
Usaha untuk dapat yg lebih baik tu memang perlu.
Tapi jangan sampai kita persoal tu ni sampai semua benda tak puas ati.


Saya tak pandai nak tulis yang baik2, sekadar berkongsi. Ada saat saya lupa dan leka, mohon tegur saya