Monday 21 July 2014

Usai solat maghrib di Masjid Wakaf Tembesu. Telekung dilipat. Sambil2 memerhati kiri dan kanan. Mencari kelibat tiga lagi sahabat. Segera aku bangun. Ingin cpt2 pulang ke maktab.

"Ibu!"

Suara kecil itu memanggil. Aku menoleh. Si kecil yang berambut ikal itu memanggil ibunya yang sedang solat. Bibirku senyum. Comel. 

Ya. Suatu hari nanti. Impian setiap hawa adalah untuk menjadi ibu. Kerana gelaran itu adalah anugerah yang tersangat indah. Apalagi kalau anak-anak itu adalah anak-anak yang soleh-solehah. Kata orang, Qurratu A'yun. Maka bahagianya pasti lagi besar bila punya anak yang baik.

Hakikatnya. Anak yang baik itu adalah daripada ibu yang baik. Anak yang menjaga solat adalah daripada ibu yang menjaga solat. Anak yang rajin berpuasa adalah daripada ibu yang rajin berpuasa. Anak yang mendengar kata juga adalah hasil daripada tarbiyyah seorang ibu yang sangat mendengar kata. 

Tadi, sewaktu ifthor bersama di Giant, aku perhati seorang kakak yang duduk di hadapan meja kami. Mereka berbuka sekeluarga. Aku lihat dia cuma makan sedikit amat setelah mendengar azan berkumandang. Selebihnya dia banyak melayan anak-anaknya yang masih kecil. Yang bongsu di pangkuannya. Bila si kakak menangis tak lama selepas tu, maka ibu itu juga yang memujuk dan mendukung. Dua orang anaknya lagi lebih kurang usianya 5-7 tahun, masing-masing berbahagia dengan hidangan masing-masing.

Dalam hati aku terdetik. Hebatnya ibu. Apapun dia korbankan demi anak. Hatta makan pun dia kemudiankan. Padahal dia juga seharian berpuasa. Bukan cuma puasa, malah bekerja, membuat segala macam kerja rumah yang tak pernah henti walaupun di bulan puasa. 


Barangkali dia kenyang dengan suapan yang sedikit tadi, kerana adanya keberkatan dari Tuhan. Tuhan memberkati suapan yang sedikit itu. 


Alhamdulillah. Teringat emak di rumah. Malah semua emak di dalam dunia ini punya perasaan yang serupa. Perasaan kasih yang tak ada tolak bandingnya pada anak-anak.


Kita, entahkan mampu atau tidak untuk menjadi ummi sehebat mereka. Ummi yang mampu menunjukkan qudwah hasanah pada anak-anak atau sebaliknya?


Jawapan ada pada kita. Bagaimana kita sekarang?


Cubalah lihat. Kalau hari ini. Tak perlu merancang lebih bagaimana kita akan buat pada anak. Bagaimana kita akan menjadi ibu cemerlang suatu hari nanti..

Tapi hakikatnya, bagaimana kita menyususn kehidupan kita pada hari ini, begitulah kehidupan kita pada masa yang akan datang.


Kata banyak orang, mulakan sekarang.
Kalau nak buat baik, sekarang.
Kalau nak berubah, sekarang.


Tak perlu tunggu.
Bila dah ada anak.
Atau.
Bila dah jadi isteri orang.

Tepuk dada, tanya, kita bagaimana?





Friday 11 July 2014

Duit oh duit

Kalau nak dihitung duit, memang takkan pernah cukup untuk perbelanjaan hidup dan kehendak yang macam-macam. Fikirkan duit, memang letih dan memenatkan minda. Itu sebab aku ni tak suka buat perancangan perbelanjaan satu sem. Wahaha.

Tapi susah laa bila tak buat perancangan ni. Duit akan laju je keluar tanpa masuk. Hehe. Dan di akhir sem akan terdiam bila duit makin licin. Hakhak. Itulah lumrah hidup. Nak berniaga? Entahlah tiada minat di situ. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang rata2nya berniaga, tapi aku tidak. Mungkin minat itu tidak ada sekarang, akan datang siapa yang tahu kan?

Tapi, kita kena selalu ingatkan diri, dalam rezeki kita itu, ada rezeki orang lain juga. Ada rezeki ibu bapa kita. Ahli keluarga kita yang lain ataupun utk org2 lain, walaupun kita tak kenal orang tu.

Walaupun kita bagi tu tidak banyak, itu semua tidak penting, yang penting ingatan kita.

Jangan khuatir dengan rezeki Tuhan.
Rezeki Tuhan yang bagi.
Bukan ukuranyya banyak atau sedikit.
Tapi sejauhmana keberkatan itu.

Kita kena yakin, rezeki tu Allah yang bagi. Kadang-kadang rezeki itu datang tanpa kita sedar.




Jangan risau soal rezeki. Yang penting kita usaha mencarinya.




Tak rugi pun kita memberi, untung lagi ada. Siapa tahu dengan memberi itu, Allah lipatgandakan lagi rezeki kita? Allah. Sedikit tidak mengapa, asal saja kita ikhlas, itu sudah lebih dari cukup. Terutama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. SubhanAllah. 











Sunday 6 July 2014

ya Allah. Ajarkan aku untuk redha. Ya Allah. Ajarkan aku untuk sabar. Ya Allah. Ajarkan aku untuk berlapang dada. Siapa kita untuk mudah tersinggung. Sedangkan kita sendiri kadangkala kurang menjaga hati dan perasaan orang lain. Penawar bagi hati yang sakit itu bukan benci, dendam atau apapun yang mazmumah, tapi penawarnya adalah sifat mahmudah yang selalu menenangkan.


Kadang kita tertanya-tanya, kenapa orang lain suka membuat kita sangat tersinggung? Tapi pernahkah kita kira berapa kali dalam sehari kita menyinggung perasaan orang lain. Sakit bila kita tersinggung dengan orang yang dekat dengan kita, apalagi kita perlu brhadapan dengannya setiaphari.


Tuhan.
Kerana engkau satu-satunya yang mampu memberikan ketenangan, maka campakkanlah rasa itu ke dalam diriku.

Kadang-kadang, kesakitan itulah yang menyebabkan kita banyak berfikir tentang diri kita.