Tuesday 24 September 2013

Uhibbuki, Ummi

"waalaikumussalam,"

Aku jawab panggilan kakak sulung awal pagi, mungkin dalam pukul 8.00 pagi, dekat kelas. Dalam hati usah dicerita. Berdebar hairan panik bercampur baur. Tidak pernah kak long telefon seawal pagi sebegitu. Dlm hati, "mesti ada apa2 berlaku,"

And yes!!Suaranya seakan menangis,
"Ayh tak telefon?'

"Tak. Kenapa?"

"Mak kena stroke."

Rasa macam nerhenti jantung tika itu.

"Mak mana?"
Soalku. Kerana nenek jugak kami panggil 'mak'. Kak Long diam, kemudian aku dengar dia menangis,

"Mak kita laa,"

Ucapnya. Rasa macam gelap tiba2. Masa tu juga air mataku jatuh. Ya. Kerana dia mak. Kerana aku tidak punya sape2 selain mak! Aku takut Allah ambil ibuku.

Macam2 aku fikir. Aku berterima kasih pd kwn2 kelas. Time aku susah, rupanya ramai yg tolong. Ramai yang tenangkan. Itulah, masa susahlah kita kenal siapa kawan kita. Masa balik, bertalu-talu SMS masuk, menyuruh aku bersabar. Meminta aku untuk kuat. Ya! Berkat doa kalian barangkali, Alhamdulillah aku kuat. Tq Qira kerana ada bila aku sangat susah. Qira temankan aku balik hingga Besut.


Bila aku sampai hospital, aku nampak keluarga belah ayah. Keluarga belah mak belum sampai. Mereka jauh di negeri Pahang. Tp mereka bergegas balik bila dapat berita. Semua terkejut, sbb mak tak sakit. Bila mereka sampai(nenek, Che Su, Ayh Su, Long, Kak Na, Che Teh, Ayh Teh, Che Da, Cik Emma, Ummi, Poklan,)haru biru suasana. Semua adik2 mak peluk mak. Mereka menangis, aku nmpak kasih syg yg utuh antara mereka. Dengan aku sekali menangis. Mereka ikhlas.

Adik mak, Che Teh laa yang paling banyak berkorban. Che Teh bersuara, dia nak jg mak. Memandangkan k.long ade dua ank kecil(xleh nk tumpu jg mak) dan aku tngh blajar maka che teh tawarkn diri utk jaga mak. Dia sanggup tinggal kerja dia sekejap utk duduk dgn mak dekat kampung. Aku masa tu , Alhamdulillah. Terharu dengan ketulusan Che Teh.

Che Teh. Adik yang rapat dengan mak. Masa mak x boleh jalan, che teh yang tolong angkat, tolong mandikan,  tolong bawa mak jumpa doktor, tolong carikan tukang urut utk mak

, tolong masak, belikan segalanya. Dia kaya, dan dia baik teramat. Alhamdulillah. Che Teh ikhtiar nak mak pulih.

Dan mak dibawa ke Pahang beberapa minggu lepas tu, sbb che teh dah lama tinggal kerja,..Alhamdulillah, di sana mak dijaga dengan sangat baik. Adik2 mak ramai di sana.

Allah. Terima kasih sbb tidak mengambil ibuku. Kerana aku belum bersedia. Mak saya hebat. Dan saya sayang dia, kdg2 lebih dr diri sendiri.



inilah mak saya. Orang selalu terkejut bila tahu mak adalah mak kami, dan sudah berpangkat nenek.. huhu.


paling kiri ialah mak saya. waktu pernikahan kakak.



mom.thank u 4 being da best mom 4 me.n indeed!i love u!!

bila ckp dengan mak, saya selalu kata,

"mak.doakanlah org ade jodoh dengan si fulan bin fulan. Doa seorg mak kan makbul,"

mak senyum.

"Mak doakan dapat jodoh dengan orang yg terbaik dengan sha. kalau bukan dia pun takpe, asalkan yg terbaik,"

Ya. benar. 


Saturday 21 September 2013

manusia, kalau bergantung kepada manusia, maka dia akan kecewa.
tapi bila manusia bergantung pada Yang Maha Esa, maka manusia tidak akan merasa kecewa, kerana Allah tidak pernah, walau sekali mengecewakan hambaNya.

*Allah. Sungguh berat untuk aku menjadi hambaMu yang baik. Payahnya untuk aku menjadi hamba yang selalu mentaati setiap perintahMu. Aku mengaku bahawa susahnya untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Bukan bermimpi untuk menjadi yang sangat baik, cuma baik. Tapi itupun sudah gagal. Kerana iman manusia itu turun naik.Adakalanya, kita sangat rajin melakukan perkara kebaikan, tetapi pada masa lain pula syaitan hadir membelit seluruh jasad, dan jiwa kita, agar bermalas-malasan.

Hakikatnya kita perlu kuat!
Aku sangat cemburu bila lihat kawan yg istiqamah berbuat kebaikan. Pegang tugas berat dalam usrah, surau, dan setiapmasa pula solat berjamaah, dia selalu sibuk, terkejar-kejar ke sana ke mari untuk kerja2 Islam, bila ada masa je, sempat pula baca Quran, tapi dia masih boleh senyum. sibuk berusrah, tapi kerja akademik tidak diketepikan. Hebat! Dakwah yg utama, pelajaran yg pertama.

Ya Allah. Bawalah aku kepada syurgaMu. Ingatkan aku bila aku leka.Sentuhlah hatiku, bila aku jauh dariMu.

Thursday 19 September 2013

tenkiu mok

"esok balik ke?"
mak bersuara di hujung talian lewat petang tu.
"nak suruh balik ke?"
"nak makan pulut durian balik la."

*senyum...mak nih.durian je modalnya semenjak dua menjak nih.haha.tahu laa musim durian..:)*

esoknya sampai mesej,
"jadi ke balik?"
"rindu ke?"
"sikit."
"sikit malas laa balik,"
"okeylah. P."
"P?"
"Penuh. Rindu penuh."
"Haha,ok!"


balik rumah,
"nak makan pulut ke?"
mak soal. mestilah nak!hehehhh.
mak..sakit2 pun maseh boleh masak utk anak..kan?itulah bagaimana seorg ibu sygkan ank.


thankyou mok..i love u mak!!

tp diyana malu2 dgn kakcha..muehehe..diyana makin comeiii dan gemuk!!

bila malam, dia sibuk lagi di dapur.

"esok kita makan pengat,"mak bersuara. senyum.

"pengat pulak?"

nk bulih ke abih musim dia ni, abis semua pulut pengat makan.huk2.Alhamdulillah :)

Sunday 15 September 2013

daebak

tahniah..tahniah!ahhh!tumpang gembira juge walaupun aku bukanlah peserta. cuma penyokong yang setia di dewan Farabbi dari awal hingga akhir. Alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang Beri. kepada mereka yang berusaha juga.

Mereka di atas, kami yang di bawah pon turut rasa berdebar..hebat..dua2 hebat.. :)
tahniah!!!!!!terbaek arr




sayang..auratmu bukan murah

memerhati.bukan tidak sedih.sedih.tapi itulah manusia.selalu kelu untuk mengatakan yg benar.bukan membiarkan, tapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan.

sayang.
Allah menciptakanmu dengan begitu cantik.lalu, peliharalah kecantikan itu hanya untuk mereka yg halal bagimu.
jangan tertipu dengan kecantika itu sehingga kita buka semuanya untuk tatapan siapa sahaja..walau kita dan dia, tidak pernah kenal sama sekali.

kenapa kita memurahkan sesuatu yang Allah ciptakan 'mahal' untuk kita. auratmu sangat mahal. tidak mampu dibeli dengan wang ringgit sekalipun. tutuplah.

kenapa mahu ikut orang lain? kenapa tidak mahu menjadi yang lain daripada orang lain.

kenapa perlu pakai yang ketat sedang kita boleh aje pilih pakaian yang longgar?kenapa perlu dedahkan rambut, sedang kita memang perlu memilih untuk menutupnya? kenapa bermalas-malasan? sedang kita tahu peritnya azab jika kita tidak menutup aurat.


*nasihat ini bukan cuma untukmu, tapi juga untukku, seorang manusia biasa, yang pasti pernah dan akan berbuat silap. ingatkan aku bila aku leka.*






pssttt......

Hoho...lega rasa hati...assignment tinggal satu je lg...tournament badminton pon dah bereh... :)
haha,tadi dapat nombor tige beregu...habis hilang segala kesedihan sebab kalah minggu lepas.haha..kak long a.k.a tqah nasir!!!thank you so much sebab jadi partner yg kecek banyok n sokmo bg smangat ..haha..x dapat sambut pon maseh wat rilek n ketawa...bila tengok mata kumpulan kami dah beza bnyk dengan seha n nini(geng lawan)..kami kata.."ehhh...dang agy kejar nih."..pastu x leh sambut pulok...pa ceroh ...badminton2..haru hidup ginih!

tp setiap yg bermula akan berakhir.begitulah hidup.hehe.nombor satu dua tiga x penting, yg penting maen tuh..n ukhuwwah tuh..kata seha,"nombor 1 ke nombor berape ke jgn risa,,smua buleh hadioh harge 2 ya."
haha.. :D sabar jelah. sebab ajk hadioh beli hadioh di keda dua ya je blake..kih2

hari ni rasa tenang daripada semalam..semalam ribut buat laporan pbs yg kena anta arinih..smlm jugak gi makan2 rumah Encik Asri. Alhamdulillah. Sedap sngt2 isteri dia masak. Kami panggil Kak Sal. Cantik baik n pandai masak..nak nangis rase mkn smlm sebab pedas amat!ore n.9 memang makan pedas katanya...apepun, tq encik sebab sudi ajak kami. Moga Allah limpahkan rezeki kepada encik dan keluarga. dan semoga diberkati hidupmu. Ameen.

                      harini boleh la senyum panjang sampai mlm..sebab esok cuti...x pyh g kelas...hehehe..

                                  senyumlah.senyumlah.kalau nak org lain pon senyum pada kita...

belajarlah memurahkan senyuman tuh..kalau org senyum pd kita, senyumlah balik..kalo nak bagus lagi, kita senyum dulu..x kena bayar pon op kalu senyum....

:)




Saturday 14 September 2013

Badminton lagi..

Lawan lagi petang ni...main, itu kelemahan yang menakutkan sejak kecik...bila sebut main, orang pertama yang ketawa, ialah mak. sebab dia tahu aku tak pandai main.heh!

bila sebut main jugak,mak mesti ingat zaman kecilku..hari sukan sekolah masa tu, mak pergilah tengok aku lari 4x100...selok dio suko..sebabnya,,kelakar!!haha..mok!!!

sukan bukan jiwa aku..tapi di IPG ni, sukan itu adalah sebahagian daripada kami..nasib baik lah sem ni x de subjek PJ.haha.kalau tak, tak tahulah..

ok.petang ni aku lawan badminton lagi. beregu. yang single hari tu kalah bohh! harapnya kali ini x lah kalah macam arituh..kekeke..

doakanlah aku...aku memang x reti maen dah kena main nak buat cemano lagi..redho jelah dik..

Friday 13 September 2013

blessed jumaat

assalamualaikum.

hari ni hari jumaat..so,dah habes baca al-kahfi ke belum??*ha..jwb dlm hati ye..*kalau x baca lagi, pergi baca kejap..kalau tak habis lagi, habiskan dulu ye...memang surah al-kahfi ni panjang,(110 ayat) tapi...jika kita biasakan bacanya(bermula daripada waktu maghrib hari Khamis hingga Solat Jumaat),  kita akan rasa mudah je,,bagaimana mudahnya kita baca Yaasin..kan?

yuk!tingkatkan amal baik kita...ajak family baca skali..maybe ade di antara ahli keluarga kita yang taktahu pun pasal surah ni, atau diri kita sendiri yang taktahu pon apa die fadhilat(kelebihan) baca surah ni?kan?

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” 

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” 

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.


----------------------------------------------------------------------------------------------




ok.sekarang saya nak cerita pasal matlamat hidup..tadi lepas zohor, adelah kawan saya ni ckp pasal matlamat hidup kita ni..bila ditanya pada semua yang ade di situ, kebanyakannya jawab,,matlamat hidup ialah mardhotillah..ya,,semua manusia nak capai redha Allah...tapi sejauhmana usaha dalam mencapai redha Allah..kdg2 kita manusia ni tahu cakap aje, tapi tak buat pun kan...cakap je nak redha redha redha,,tapi kita x berusaha dlm mencapai matlamat hidup yg satu tu..

jgn jadi macam angan2 mat jenin sudah..


ok..dalam nak mencapai redha Allah ni sebenarnya, kita kena perincikan lagi,,apadia yang kita nak buat untuk capai redha Allah. Contohnya, sebagai anak..dalam konsep anak, kita nak jadi anak yang terbaik dalam keluarga.anak solehah, anak yang patuh, anak yang lembut, anak yang selalu berlapang dada, anak yang berjaya,...macam2..so,,kita nak jadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa tu untuk capai redhaNya...


macam tulah.jadinya dalam buat apa2,,kita kena fikir,,ianya adalah untuk mencapai redho Allah..dan kita kena fikir sekali apa usaha kita dalam mencapai redha Allah.. :) 


kwn saya cakap lagi..kdg2 kita ni selalu ade perancangan hidup semata2..contohnya upsr aku nk dapat 5A, PMR 8A, SPM 10 A.,;lepastu aku nk masuk university n then kawen..pastu nak dapat pasangan yg macamtu macamni..


tapi..kita x de buat perancangan untuk kematian kita..sedangkan kita dinilai dengan 'bagaimana pengakhiran kita,'.. Bukannya x boleh buat perancangan dunia, tapi kena ingat akhirat tu lah yang utama. Tapi, jangan sampai tinggalkan dunia.


jadinya, setiapkali lepas solat je, dalam doa kita, jgn lupa doakan yg baik2 utk pengakhiran kita..doa untuk mati dalam keadaan yang elok..


"Allahummakhtimlana bihusnil khatimah, wala takhtim alaina Ya Allahu bisuil khatimah,"


maksudnya, Ya Allah, matikanlah aku dlm keadaan yg baik, dan jangan Kau(Ya Allah) matikan aku dalam keadaan yg buruk.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Sarah(kwn saya) pon menambah, dia bercerita tentang  cerita yg ustaz Khairi(penceramah hebat berasal dr Perak) ceritakan, berkenaan sepasang suami isteri yang pergi mengerjakan haji di Makkah. Si suami ni dah tua,(lebih kurang umur 70thn)..si suami ni selalu lah berdoa pada Allah, supaya dia dimatikan di tanah suci. Setiapkali lepas dia beribadah, dia akan doa..doa..dan doa..


dan setiapkali doa, si suami ni akan nangis aje..


satu hari ustaz ni tanya lah, kenapa pakcik doa untuk mati dekat Tanah Suci ni? dan pakcik tu jwab memang pakcik nak mati dekat tanah suci ni..

bila dengar macam tu, ustaz pun aminkan sekali doa tu.

satu hari, lepas selesai towaf, mereka ni pon pergilah thallul...lepas tahallul tu, ustaz tu pon bacalah doa, "Ya Allah!!Kau gugurkanlah dosa2 kami sebagaimana gugurnya rambut2 ini" maka ahli jamaah pon nangis sebab sebak dengar doa yg dibaca oleh ustaz tu...selalunya di sana, bila seorg jemaah menangis, seluruh jemaah akan turut sama menangis. begitulah hebatnya bumi barakah itu.


dipendekkan cerita, lepas tu ahli jemaah diminta berkumpul lah dekat bawah, ustaz tunggu dekat bawah, dan tiba2 pakcik tu terjatuh dalam pangkuan ustaz tu..dan meninggal..doa pakcik tu selama ni dimakbulkan. Dia mati di Tanah Suci, dalam keadaan berihram, dan dalam keadaan berwudhu'.


si isteri ni menangis lah. ustaz tu pun cakap jangan lah menangis, arwah suami kamu dah dapat apa yang dia nak sangat selama ni. dan kamu patutnya gembira sebab dia akan disembahyangkan olh berjuta org jemaah di sini. Alhamdulillah, untung kan pakcik tu.


lepas beberapa hari,ustaz tu jumpa semula isteri arwah, masa tu isteri arwah dah tak sedih,malah tersenyum gembira. ustaz tanya, kenapa nampak bahagia kali ni? isteri arwah cakap,s emalam dia mimpi arwah suaminya tersenyum di satu taman yang sangat cantik.dan dia rasa suaminya sudah bahagia di syurga. Alhamdulillah.


----------------------------------------------------------------------------------------------

untung pakcik tu.macam tu laa..kalau kita bersungguh2 dalam mencapai matlamat(selalu berdoa), insyaAllah, Allah akan kabulkan permintaan kita tu..

Ameen.




Wednesday 11 September 2013

Kalamullah

Lihatlah sejauh mana kasihnya Allah. Baru je niat nak buat baik, dah diberi pahala..itu belum buat lagi..baru niat aje tau..Dan sejauh mana kasihnya Allah lagi, dah buat dosa baru dicatatkan dosa..kalau niat, tp x jd buat bnda jahat, x dicatatkan dosa..

baca Quran pun macam tu,,satu huruf,Allah menggandakan dengan sepuluh pahala..itu apa yang saya belajar daripada ustaz ustazah masa sekolah dulu. Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih kepada hambaNya.

sahabat2 saya..Allah dah buat tawaran tu?takkanlah kita nak lepaskan macam tu je tawaran yg Allah bagi..kalau dekat shopping complex,bila buat tawaran hebat, laju je kan kita pergi ..tapi bila soal ni..hmm..*tengok diri sendiri*

yang menulis pun belum tentu elok dan baik...saya cuma share..supaya kita sama2 buat baik..saya manusia biasa..saya juga ada dosa..tp sudah fitrahnya seorg manusia,,walau banyak mana dosa yg pernah dia buat,,dia tetap suka pada bnda2 yg baik, walau seinci..

kan kata nak dapat anak2 yang solehah dan qurratu a'yun?dah tu..kita ni la yg kena jadi bagus dulu..*senyum* saya tahu,, dan saya yakin sahabat2 saya juga tahu, tapi sangat susah utk kita buat..kan?tp kalau setiapkali fikir,kita asyik cakap payah, sampai bila2 lah kita akan rugi..tak rasa macam tu? xpelah..baca lagi kat bawah.. :)

saya ada terbaca status seorg kwn dekat fb,,pasal Al-Quran..

tapi.kawan sy ni bagus..hebat...dan banyak masa yg dia luangkan utk kerja2 Islam..itu yg saya nampak..mungkin banyak lg kebaikannya yang saya x nampak..dan saya bukan sebaik dia. itu fakta!

tapi kita sama2 baca cerita dia, dan ambil ibrah(pengajaran) daripadanya..

satu hari ni, dia mengadu pada kakak senior pasal dia sangat sibuk,,dan tak ada masa nak baca quran.
tahu apa yang akak tu cakap?
"awak buka facebook, berapa kali sehari?"

dia ckp tak tentu.tapi dalam sehari mesti bukak. masa tengah buat kerja,bukak sekejap fb. time tunggu kawan, bukak kejap..tengok kalau ade apa2 yg dipost dekat group..itu je.bila ade masa free sikit, bukaklah kejap.

akak tu pun cakap.
"kalau fb awak boleh bukak sekejap2 setiap hari..takkanlah Quran x boleh?"

dia senyum. Akak tu tambah lagi,

"sekarang ni handphone semua dah canggih..ade application quran, gunalah..jangan duk buka facebook je,"

bukan saja dia, saya pun akan senyum kalau kena macam ni..huk2..pedah mollek..(org ganu kata)..tp baguslah akak tu cakap macam tu, sekurg-kurangnya kita sedarlah sikit kan..

itulah..baca Quran ni bukan semestinya kena duduk dalam surau..bukan mestinya kena pakai telekung..dan bukan semestinya lepas solat...bila2 masa pun boleh baca quran..bawa quran dengan kita..kalau malas pun, handset canggih tu kan ada? *senyum*

kita ni kadang2 terlalu banyak alasan..sampaikan selalu terlepas buat benda baik.boleh je nak buat, tp kita fikir susah,sampaikan tak terbuat..

tapi kalau istiqamah baca quran setiapkali lepas solat, lagilah hebat. kan? tapi saya sendiri tidak mampu nak baca setiapkali lepas solat.

kalau susah, kita pilih dua waktu solat yang kita nak baca quran..biasanya lepas solat maghrib dan subuh..

ataupun susah lagi?
pilih satu sahaja waktu solat yg kita mampu istiqamah.

solat maghrib laa contohnya, sebab masa tu biasanya org free, sambil2 tunggu isyak..

kalau tak mampu lagi?sibuk sangat?

haa..bawak quran sekali g mane2..ade masa je,bukak quran..baca dua tiga empat baris pun, Alhamdulillah..kan?Moga kita boleh amalkan tiap2 hari dalam hidup..

kalau tak ada masa jugak?

renung kembali diri kita ni,,masa kita sehari-hari siapa yg bagi? Allah kan..lalu kenapa kita terlalu berkira dengan dengan Dia.

tak rugi baca quran..dalam quran tu ada macam2,,aqidah,syariat, akhlak, sirah Nabi2, dan hidayah tu..semua org nak hidayah kan? Dalam quran tu ade petunjuk utk kita.. :)

muka hensem..tp baca quran tak pandai nak buat apa kan?perempuan juga macam tu..lawa saja tak cukup..kena belajar agama, belajar baca quran...

tajwid pun penting..kalau baca dengan tajwid yg betul, lagi laa Allah suka..
jgn malu belajar..tua atau muda,,semua orang boleh belajar..

jgn cakap,
"ala..akak malu lah nak belajar baca quran, akak dah besar. "

ilmu tidak mengenal tua atau muda manusia,.kalau malu, smpai bila2 kita x tahu..kan

olo...adik pon nak baca quran..kakak kakak pun mesti rajin macam adik nih.comey je.

^_______^

Sunday 8 September 2013

hati kawan dan redha seorang ibu

ya.di antara dua-dua...kawan sampai hujung nyawa.dan ibu yang cintanya sampai syurga.dua-dua yang penting.dua-dua yang perlu dijaga hati dan seluruh jiwanya.aku bukan malaikat.malah aku juga bukan nabi.aku manusia yang penuh dosa.

bila ibu berpesan.saya mendengar.tapi dalam hati saya memberontak.saya mengiakan.tapi dalam jiwa,saya bertanya kenapa tidak boleh itu dan ini.kenapa ibu selalu berpesan supaya saya menjaga syariat dan batasan.

ibu saya, dia wanita biasa. ibu saya bukan wanita bertudung labuh. jauh sekali berpurdah. tapi. walau bukan begitu, ibu sangat menjaga segala-galanya. menjaga solat, menjaga tutur kata, dan saya kagum bila ibu sangat menjaga batas pergaulan dengan ajnabi.

dan itulah yang selalu ibu saya pesan. supaya saya tidak berfoya-foya dengan lelaki. supaya saya menjaga batas pergaulan dengan lelaki. supaya saya tidak bercinta sesuka hati dan keluar date dengan lelaki.

ya.saya tahu ibu saya betul. saya sangat tahu ibu...dan saya tahu apa yang ibu cakap, adalah untuk kebaikan saya, anak ibu.

kerana itu saya takut melakukan apa yang ibu sangat marah, kerana saya takut masin mulut ibu, kerana saya takut apa yg ibu cakap itu betul2 terjadi.

ibu.inshaaAllah...kerana saya sayangkan ibu.kerana saya tahu saya mesti dengar cakap ibu, saya akan cuba memilih itu.'

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

muslimat.kadang2,apa yang kita rasa baik itu, belum tentu ia baik. kadang-kadang,apa yang kita rasa ia betul, belum tentu ia betul..dan kadang-kadang, apa yang kita suka itu, mungkin ia tidak baik untuk kita..
muslimat, dengarlah apa kata ibumu, dengarlah apa sahaja nasihat seorang ibu, inshaaAllah selamat.

walau kadang2 ia payah, sukar, malah kita perlu memilih antara dua.....

*****

muslimat...kita kan nak jadi yang luar biasa, yang baik, yang solehah..,,
kerana itu kita kena kuat!!!!

kalau nak buat benda yang baik,banyak je halangan kan..
terutama hati..

hati kata buatlah...pergilah...ala,,xde ape2 lah...

hati lagi satu pulak cakap..

heh..kan tu salah..kan tu tak baik..buat apa nak buat bnda x baik?saja2?

lalu.ketika hati itu perlu memilih antara dua,,kita renung sekejap..mana yang baik pada pandangan mata Allah??

dan setelah itu,,tiba2 kita rasa Alhamdulillah.tenang dan rasa bahagia. :)

******

kita cuma perlu ingt,yang terbaik menurut kita, belum tentu ia terbaik..
senyum.senyum.senyum.

"Ya Allah tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus,jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan2 mereka yang engkau murkai, dan bukan jalan2 orang yang sesat."

(QS: 1: 6-7)

Amin.

"Ya Allah Kau panjangkanlah nyawa orang tua kami."

senyumlah...
inshaaAllah.dia faham.



Rabbi Yassir wala Tu'assir. 

Saturday 7 September 2013

cinta sampai syurga

orang yang hari ini kau cintai sepenuh hati.belum tentu dia jodohmu.. kita tidak pernah tahu siapa jodoh kita..kerana itu rahsia Allah..bertemu jodoh dengan orang yang kau cintai adalah suatu kebetulan,tp mencintai siapa jodohmu adalah satu kewajipan..wahai lelaki lelaki..jgn kau permainkan perasaan seorang wanita,,jika engkau tidak berniat untuk menikahinya.

sungguh.aku tidak arif untuk berbicara soal cinta..tp sebagai seorang wanita.aku tahu bagaimana  seorang wanita rasa.wanita jiwanya halus.tulus.lembut..jgn pernah calarkan jiwa yg lembut itu..

"tidak kira siapa,asal saja dia orang yg beragama."

itu kata ibu. ya...

sepertimana hadis Nabi,

"Perempuan dinikahi kerana empat perkara,pertama kerana kecantikannya,kedua kerana hartanya, ketiga kerana keturunannya, dan keempat kerana agamanya.Lalu pilihlah yg beragama nescaya bahagialah hidupnya."

Ya,bererti bila seseorg itu ada agama, maka dia ada semua..kerana agama itulah yg utama.

saudari2..muslimah yg aku cintai.
kita ni jgn hanya pandai cakap,

"em.aku nak suami aku org baik2.kalau boleh,nak yang kaki masjid.nanti bolehlah hari2 aku solat jemaah dengan dia,sweetnya."

"aku nak dapat anak yg soleh.bahagianya.."

eh?nak suami soleh, baik, beriman semua..nak anak pulak ank2 yg comel dan soleh.?
*senyum*
ya.semua org nakkan yg sempurna.nakkan yg baik dan cantik.
tp lihatlah semula ke dalam diri kita.
kita ni baik ke?solehah sngt ke untuk dapatkan yg soleh tu?kita beria ckp kita nak yg kaki masjid bagai., tp diri kita sendiri?cukup ke tak solat? solat jemaah ke tak? aurat tutup cantik ke tak? ilmu agama kita macamana?

nak anak soleh solehah ,,tp cuba tengok diri kita tu dulu.kalau kita sendiri dengan mak ayah pon dah fail,,asyik mak ayah je yg tak kena..

diri kita sendiri pon tak betul, macamana kita nk melahirkan dan mendidik anak yg jiwa dan akhlaknya benar?kerana bukan senang mendidik seorang anak...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bukannya tak boleh..boleh berdoa untuk dapatkan yg terbaik..kerana semua itu di tangan Allah..tp dalam masa yang sama,cubalah ubah sikit sikit diri kita ni..kalau nak yang baik, kita pun kenalah jd baik...tp jgnlah berubah atau buat benda baik semata-mata untuk kawen dengan org yg baek2..

ok!!!senyum sikit.. :)

"Ya Allah jagalah insan ini dikala penjagaanku tidak sampai kepadanya.perhatikan dia di kala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja, kerana engkau punya segala yang ku tak punya,kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku, di dunia dan harapnya bertemu di syurga,"

Amin.

pasangan yang baik itu anugerah. tak perlu berserban atau berpurdah. cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah.




adam hakimi vs adeeb zakwan

aiyyo..ciksu dah rindu sama adib si mulut banyak itu..bising je mulutnya..walaupon dia x reti ckp lg.

si adam tu pulak asyik nk buli si adik yg x tahu ape2..adik wat muke redho je setiap kali abang buli..smua yg adek ada,,smua dia nak ambik..adik main kereta tu,dia nak kereta tu..adik main hnset,dia pon nak sampai smua org dia call..bila nk ambik hnset dkt tngn dia,,trus dia lari dan ketawa..stress mk sdare mcm nih!haha..

tp lucu bila dia sebut "no no no no" dekat adik bila adik buat sesuatu yg dia x suka.hehe.

apepun yg dua org itulah yg menjadi kesayangan dalam keluarga.2 orang cucu makayah..jd ank2 soleh ye bile besor nanti..!!ciksu luv u.


ni si abg long mase kecik dolu2..hehe..ciksu x de gambar awak tyme besar...heehe


ini adek a.k.a adib..."adek nak terbang ke tu?" hihi..

ok!ciksu doakan dua2 berjaya dunia n akhirat.Ameen.buat ayah ibu bahagia bila bsar nanti. :)

Tuesday 3 September 2013

Tak Kenal Tak Cinta. Yeke?

Assalamualaikum n hye all!

Minggu yang penat.Timbunan esaimen yg nk kena submit mgu ni m'buatkan kami smua pening dan x sempat pun nk berborak mcm biasa. Well. Itulah hidup kan. Ada masa free, ada masa sibuk mcm hape.so, hargailah nikmat masa lapang itu ye!!

Ahha!Harini dpt juga saya buat blog ni.Alhamdulillah. Dah lama sbnanye nk buat, tp x sempat.so,terkuburlah niat itu sekejap. And harini tercapai juga impian saya itu. Hehehhh..btq a million thanks to my dear Azimah, sbb tolong saya buat ni..mieheehe.

So.Apa isi yg nk saya selitkan 4 my first post ni?
sikit saje.saya x smpat nk tulis pnjg2 bcoz 2morrow saya nk kne submit MAB punye kkp.n ade presentation bi jugak yg x siap lg.Nk buat mcmana.itulah kehidupan seorg student kan..kalau malas, xpayah laa belajar..b'henti blajar..kawen je..hehe..itu kata mak saya  !!


sy cuma nk ckp...hargai apa yg awk smua ada skrg!mk..abah..kakak abang adik2..kwn2..roomate..classmate atau siapapun..jgn nanti kita dh kehilangan dia baru kita nk tercari-cari dia..sdkn masa dia ada,,kita buat nampak x nampak aje..

yeh.smpai sini dulu.. :)
*presentation sy x siap lg..hahaha!