Tuesday 6 June 2017

Posting

Terkelu aku petang tu bila check result, sekitar jam 6 petang. Nak check tu pun dah nervous. Tapi bila masuk whatsapp bertubi-tubi di grup2 dengan update tempat posting masing-masing, aku check sama lah.

'Anda ditempatkan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.'

Macam nak gugur jantung ni. Tak pernah sangka. Tapi apapun, kata mak, kalau dah rezekiku di situ, redhalah. Allah beri yang terbaik untuk hambNya, InsyaAllah.

Berapa hari aku tak selera makan sebab kena posting KL. Hahahaha. Yelah. Memang betul-betul tak sangka. Apapun, syukur. Lalu sajalah. Nanti kita akan jumpa suka tu di mana. Kan Allah dah cakap, dalam tiap-tiap kesusahan, Allah bagi kemudahan.

Alhamdulillah.
Allah lebih tahu segalanya.

Sehari sebelum dipostingkan, kami dah boleh check sekolah masing-masing. Ni satu hal lagi buat jiwa aku nebes. Haha. Tapi Alhamdulillah. Allah beri yang terbaik buat kita dan Dia tahu kita mampu.

Bila tau sekolah tu semuanya lelaki.
Termenung jap.
Haha.
Macamana la aku nak kawal budak-budak laki semua weh.
Bayangan tu macam2 lah.
Yela kita belum lalu.
Budak laki...tau la tahap nakal depa tu macamana.
Takpe...kita tengok dulu macamana nanti.

Tapi setakat ni,
Alhamdulillah.
Nakal tu biasalah bdk2.
Kita dulu pun nakal juga.
Nakal macamana pun, mereka masih hormat.
Dan masih faham bila kita tegur.
Kira okeylah.

Bila tau cerita mereka2 ni dari akak2,
Sebak pun ada.
Baru tau syukur nya Allah beri kita banyak nikmat.
Semoga terus jadi anak murid ustazah yang baik. !!!