Thursday 12 June 2014

Cinta takkan kenal paras rupa. Takkan kenal siapa dia, siapa keturunnnya. Kaya atau miskinnya dia. Kerana cinta itu lahir dari hati.

 Hati yang tak pernah memilih kepada siapa dia akan jatuh cinta.Walau dia tidak berharta, kalau dah namanya cinta, tetap cinta takkan berubah. Yang penting punya agama yang utuh untuk membimbing kita ke syurga Allah. Mudah-mudahan cinta kita pada insan yang halal suatu hari nanti merupakan antara penyebab yang membawa kita ke syurga.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa, saya duduk di kedai ayah lepas bereskan semua kerja. Memerhati alam. Memerhati sekeliling. Semua orang sibuk. Kereta tetap meluncur laju walaupun hari ini hari Jumaat. Ya. Sayyidul ayyam.

Tadi. Saya memerhati seorang budak. Pangkat adik lah. Dia budak yg nakal di sini. Dan saya, cukup tidak suka pada sifatnya. Tapi hari ini lain. Saya perhatikan dia. Dia sibuk memerhati kiri kanan untuk melintas jalan besar di hadapan ni.

"Gi la tolong ambik,"

Ayat yang terpacul keluar dari mulut kawannya, Daniel. Saya senyum bila melihat ada org tua di seberang jalan. Seliparnya tercicir di tengah jalan. Dia ingin mengambil seliparnya smule tp sebab jalan sngt sibuk pg tadi, dia cuma mampu tunggu dari jauh. Dan budak itu yg membantu. Dia ambil dan bgi smula pada orang tua tu.


Saya senyum. Dalam nakalnya, masih ada sifat yg mulia itu. Jangan mudah judge orang suka hati kita bila kita lihat dia buat silap. Dalam silap, masih ada sifat mulia sebagai seorang manusia. 


Hehe. Okey. Bye.


Sunday 8 June 2014

Yang Penting Kaya Jiwa :)

Assalamualaikum.

Seperti biasa. Aku jaga kedai ayah. Tersenyum melihat si kecil itu mengutip sampah sarap tinggalan peniaga pasar tani. Sampah sarap yang tadinya bnyk dan menyerabutkan mata dikutip satu persatu. Ya. Itu kerjanya setiap kali hari sabtu. Itu barangkali antara punca rezeki dia dan keluarga.


Apa yang aku tahu, aku kagum dengan semangatnya untuk hidup. Walaupun susah. Walaupun banyak cabaran. Wajahnya masih mampu tersenyum. Kerana senyuman itulah yang menguatkan dirinya sendiri dan insan lain yang memandang.

Adik. Awak memang tidak kaya harta, tapi kaya jiwa. Jiwa awak kuat dan kental. Tidak mengeluh malah selalu saja semangat meneruskan hidup. Tidak kaya harta tidak mengapa, asal saja kita kaya budi. Kita akan bahagia selagimana kita tak buat jahat pada orang.


Nah. Dia susah tapi tetap bersyukur. Kerjanya mungkin tidak agung di mata manusia tapi bukankah itu mulia di mata pencipta. ?

Semoga Allah memberi kemudahan pada dia.



Nah. Kita ini? Kurang sikit sudah mengeluh. Susah sikit sudah bertanya apakah Tuhan tidak sayang kita? Sedangkan Allah itu, dia sayang pada semua hambaNya.


Kita lah yang tak sayang pada diri. Sebab dah diberi peluang untuk hidup. Tapi tak guna peluang. Dah diberi peluang buat kebaikan tapi tolak. Dah diberi peluang untuk berubah. Tapi selalu menanti saat paling sesuai yang entah bila.


Barangkali ajal yg lebih dulu menjemput kita.


Adik tu ilek je . Buat muka bahagia je. Dalam hati dia tak ada siapa tahu. Kalaupun dia sedih, tak ada siapa tahu.

Salute u adik. :)




Saturday 7 June 2014

assalamualaikum. sehat

sekarang ni kami budak2 ipg cutiiii. bahagia laa kan. sape x hepi cuti... ingt budak2 skolah je hepi? haha. balik rumah. tbe2 kawan aku mintak pegi kursus di port dickson. hehhh?? kursus pembinaan pasukan. ala2 kepimpinan gitu lah. mula2 setuju la sebab ingtkan mcm kem2 biasa aku ge sebab aku x tanya pun awal2 tu kursus apa. senget sunggoh.. tapi bila dpt tahu ni kem belia. sedeh aku rasa. sebab? aku x suka!


tapi redho ajelah. nama dah diberi. harus bagaimana lagi kan? pergi ajelah. kata mak. sapa suruh bagi nama x tanya dulu program mende. nasiblah.

ya. nasib yang tak selalunya menyebelahi kita. ini takdir. hatiku menjerit tak mahu. hahaha. tapi apakan daya? x bpleh cancel. haha.


pergilah. pergi je. naiklah bas tuh pergi n.9.. ohh. rupanya kami satu bas wakil zon timur. dan dalam bas tu aku x kenal siapa pon kecuali kawan aku tu lah. buat la muka mcm "eh? aku nak gi mano nih?" haha. bising dalam bas hinggalah smpai pd. pening dgn ragam ramai org. siap ada jd dj dlm bas. hehhh?

kem empat hari. okeylah bagi aku. seronok. tula. jgn takut buat bnda yg kita x suka. banyak yg dapat termasuklah demam seminggu bila balik. haha.


dan sekarang ni. aku bosann. inilah nasib bila xde adik oiii.


lagi enam hari besday adam. huii. share bulan yang sama dengan aku. dan syukranlah kpd kakak(ibu adam) sbb bg hadiah baju raya. kan untong tu kalau besday dkt2 puasa n raya ni. hahaha. tapi bila mintak hadiah besday dgn ayah ini jawapannya.


"nantila ayh bg,"


okey. bila tu? haha.


selamat menjadi budak matang anak saudaraku. tapi dia memang berdisiplin, teliti rajin dan seribukali lagi bagus dari aku. walaupun umur baru nak masok tiga tahun. hahaha.

pernah sekali aku cari sesuatu, x jumpa dan dia datang,

"Cu! " (sambil tunjuk barang itu.)

haha. i lap u !


dah. lainkali lah pulok. zohor sudah masuk. ayuh kita solat. :)